26 April 2013

Odit



Dua tiga hari ni banyak citer bab odit. Odit Negara, Odit ISO, Odit Fail Meja, Odit diri, Odit hati dan macam-macam jenis odit lagi… Hmm… satu lagi odit adalah yang kawan aku selalu letak kat FB dia… Dia selalu tanya… Dah odit iman? Ha!! Leh jawab tak?

Itu jer la nak citer hari ni yer… Kalau boleh nak panjang lagi… Tapi jiwa tengah kacau, hati tengah bilau…  


Lagu ni takder kaitan ngan sesaper atau aper2... sedap dengar jer...

08 March 2013

Akhirnya...



Akhirnya konspirasi itu berjaya… Tahniah lah kepada mereka-mereka itu… I’m out!!! Takper… kat mana-manapun rezeki Allah bertebaran… Yang penting dah jauh… moga-moga mereka berfikir dan insaf… Tapi dengarnya lagi menghebat la plak… Kesian kat kawan-kawan yang masih bertahan… Tuhan, lindungilah mereka daripada niat jahat manusia… Maaf, aku tak punya kekuatan untuk pertahankan kamu semua… 

Di sini aku sedang cuba membina dan mencari sesuatu yang baru. Insya Allah…  

Ya Allah berilah aku kekuatan kerana aku mencari keredhaan…


30 January 2013

PENILAIAN

Ada lagi 2 minggu untuk menghabiskan sisa cuti 90 hari ni… Puas tak dok rumah? Seronok dan letih.. Seronok sebab setiap apa yang dilakukan semuanya nampak khusus untuk keluarga tapi letih coz sebenarnya banyaknya kerja rumah.....huhuhu

Walaupun nampak cam cuti, tapi kerja kat ofis singgah juga… Biasala… Inilah namanya kewajipan, kan? Cuti tu bukan HAK tapi ANUGERAH yer, jangan lupa tu! Menunaikan tanggungjawab LNPT itu adalah tugas yang tidak boleh diketepikan… Banyak perkara perlu dilihat, diteliti dan diambil kira… Bukan mudah nak menilai orang… Sangat subjektif… 

Begitu juga dalam hidup ini… contohnya kita rasa kita dah buat yang paling baik dalam mendidik anak-anak, tapi kenapa anak kita tak jadi yang terbaik, adakah sebab orang lain, sebab cikgu, sebab kawan-kawan atau sebab apa? 

Bila kita nilai diri sendiri, kita memang rasa kita dah all out dah, tapi kenapa anak kita jadi macam tu? Nak tahu jawapan, kita perlu penilaian orang lain juga. Mungkin orang lain boleh nampak kelemahan kita (selalunya memang orang mencari kelemahan kita). Tapi ‘orang lain’ ini ada banyak… Takkan kita ni hidup jumpa sorang jer ‘orang lain’. Si A yang suka mengampu kita akan kata – awak takder kelemahan, boleh bagi 100%. Si B yang tak suka langsung dengan awak (mungkin anak awak pernah gaduh ngan anak dia) akan kata – awak memang tak pandai didik anak, dapat 0%. Si C yang lurus pulak akan kata – awak tak buat tu, tak buat ni, tapi awak dah buat itu, dah buat ini, so awak boleh dapat 50%. Bukan setakat ABC sahaja yang kita jumpa tapi sampai Z..

So, perlukah kita give up dengan diri bila kali ini kita dinilai oleh Si D? Jangan risau, esok lusa kita jumpa Si E yang buat kita rasa hebat dan tahun depan mungkin Si F… Penilaian manusia ini sangat berubah-ubah sifatnya… penilaian Allah juga yang kita tunggu…

Begini lah cara saya meneutralkan diri bila menghadapi markah LNPT yang saya rasa… alahai…(Tapi sehingga catatan ini ditulis, LNPT 2012 saya lom tau lagi, caner 'ek?)