Baru jer berlaku tadi bila seorang Timbalan Ketua Jabatan ni tepon aku. Punya la “bersopan”, dengan tak bagi salam terus tanya kenapa aku tolak bulat2 permohonan cenderamata dia.
Astaghfirullah…. Dah lah menekankan gelaran dia yang sepatutnya tinggi budi bahasa. Nak mohon barang tapi bahasa macam nak merompak orang!!!
Konon nak promo UPSI, tapi tak ikhlas langsung! Cakap berbelit-belit, nak penjelasan konon, tapi bila bagi penjelasan tak nak dengar, Ya Allah… Ampunkan aku tapi aku tak bleh tahan dengan orang yang BANGANG cam nih!!! Cuma satunya, aku memang bleh cakap elok2 dengan dia, Alhamdulillah, tak sepatah pon aku menengking… Kalau orang lain dah berlaku pembunuhan kat sini agaknya…
So, to 'Dr.' H,
Budi bahasa adalah ukuran ketinggian ilmu kita. Janganlah sahaja diukur pada sekeping kertas yang mengiktiraf betapa tingginya pelajaran anda. Kertas tu tak boleh jadi penjamin untuk awak dihormati...
Maafkan saya, saya dah berulang kali check kertas kerja yang kononnya dah lulus MPE tapi takder sebut pon mengenai kelulusan cenderamata daripada BHKA atau sekurang-kurangnya menyebut BHKA akan menyumbang unuk cenderamata (peliknya, jabatan lain ader, sama jugak, guna duit universiti jugak). Saya bukan berkira dan cenderamata ni pon bukan saya yang punya. Tapi amanah untuk menguruskannya adalah di atas bahu saya.
Bukan lawa & eksklusif pon cenderamata ni, tapi saya heran sangat, sanggup awak meninggikan suara dengan kasar dan ganaz giler semata-mata nak dapatkan mender2 nih... Kalau awak suruh student kumpul sorang spuloh ringgit pon dapat beli yang lebih baik. Kalau tak pon, saya dengar, boss awak begitu megah dengan hasil karya jabatan awak, ambillah satu, jadikan cenderamata, kan lebih baik promosinya begitu, ada identiti (saranan daripada kakak angkat saya dan hubbynyer tadi)...
Sombongnya awak... kenapa lah macam tu... tak baik... Tak ader gunanya sombong kepada orang seolah-olah kita akan hidup selamanya, bila2 masa Tuhan boleh tarik balik nyawa kita dan hilangkan sombong tu...
Lailahaillallah... melalut saya menulis nih... Saya memang marah, sampai menggigil2 tadi. Tapi kakak angkat dan hubbynyer dah tenangkan saya ... Terima kasih Kak Hajjah dan Tuan Haji...
No comments:
Post a Comment