Waktu kecik-kecik dulu (macam ayat Tuan Director plak) mak slalu ajar aku supaya mengalah… Memang payah nak buat, maklum lah..budak-budak… Tapi itu lah perkara yang diajar seterusnya jadi darah daging aku.. Mak memang selalu positif, so aku jadi lebih positif dari mak. Bila orang buat sesuatu yang menyakitkan hati, aku akan cepat mengatakan mesti orang tu melalui saat-saat yang sukar, sebab tu terrr kurang ajar. Bila ada musibah plak, aku akan berkata kepada diri bahawa ujian ini Allah turunkan sebab Dia tahu aku boleh menanggungnya. Mungkin juga bila aku macam tu, ramai yang kata, takperlah, buat caner pon dia ok jer…
Mungkin jugak kan?? Tapi boleh rasa tak, kadang-kadang payah juga nak positifkan diri. Dalam keje aku rasa penghargaan tu penting. Supaya kita akan lebih motivated untuk bekerja. Tapi mungkin ramai yang lupa nak nak meghargai. Tambahan pulak, yang banyak buat keje ni selalu kena marah. Baru-baru ni sampai naik nama kononnyer tak perform. Mungkin sebabnya adalah AKU, maka semua orang pon rasa tak kisah coz pada mereka, aku boleh “absorb” keadaan tanpa menjejaskan motivation level. Macam Spongebob la plak…
Maaf, boleh tak nak luah perasaan… (biasalah PR, dah biasa kata-kata macam nih) Macam nak abis nafas buat mende2 nih. Bukan satu projek yang datang tapi dua tiga skali gus. Nak coordinate ngan orang luar, ngan media, ngan VIP, masyarakat setempat lagi. Itu baru coordination, documentation tak sebut lagi. Tapi bila satu mende jer jadi, masing-masing tuding jari menyalahkan orang lain. Dan yang slalu jadi mangsa adalah AKU. Sebab apa? Sebab aku ni Spongebob. Aku tak harap pon untuk award, atau sijil cemerlang atau surat penghargaan, tapi kerja-kerja tu aku dah buat lebih dari separuh, dah nak siap sangat dah, cuma dah nak dekat nak abis tu supplier terlewat 2 jam dari masa sepatutnya. Tapi aku dituduh tak perform! Yang aku buat keje sampai tak kenal hari, tak ingat anak tu tak pulak dapat terima kasih...
Lagi satu, bila kita nak menghargai orang lain, aku harap janganlah kita puji melambung depan staf lain. Mula-mula ok, pastu dah jadi meluat pulak. Sket-sket dah lah, staf lain pon buat keje jugak, bukan tak buat langsung. Last-last, diorang taknak buat keje langsung baru tau. Bagi la sumer kat staf superb tu, tengoklah kalau dia bleh buat...
Perasan atau tidak, kadang-kadang kita ada pembantu yang tolong kita buat keje sampai segala-galanya kita suruh dia buat. Makin banyak keje dia, makin banyak lah dia buat silap. Sebab apa? Sebab dia tak boleh focus. Kita pulak makin syok bagi dia keje sebab kita tau yang dia akan buat juga walaupun melampaui kemampuan diri. Tapi ada kita hargai dia? Ada kot…Entah…Terlupa… Tapi yang kita tak lupa, bila dia buat silap, kita marah dia, membebel kat dia dan macam-macam lagi yang kita rasa kita nak buat. Yang dia korbankan masa, idea dan tenaga tu tak ingat ker??? Kita cukup masa je, terus balik rumah, tapi dia? Tinggal kat pejabat buat kerja bertungkus lumus. Pukul 9 malam pun saper yang peduli. Kena amik anak lagi, Sampai rumah masak pulak.
Kenapa suara aku serak nih… bukan sebab apa, cuma menahan sebak…
No comments:
Post a Comment