30 December 2011

Skandal


Tadi nyer melambak2 idea dalam kepala nak diluahkan ...nak nak bila dalam toilet... cam nak pecah tempurung kepala bila idea datang menyesak... alih2, bila time2 lapang macam ni (Jumaat break), dan dan tu kepala kosong... mana pegi idea, ke mana hilang cerita??? Haih...

Mungkin aku nak citer pasal rasional kot... Kenapa kita buat sesuatu yang orang pandang semacam tapi kita tetap buat...

Hmmm... Biasa la kan.. Yang terlarang itu godaan...Hahaha... Aper yang korang pikir? Dah sah2 tpikir topik skandal kan? Banyak betol menda2 ni tersebar sekarang... Haih... Macam ni lah, orang tu mesti ada sebab untuk dia berskandal... Balik2 akan cakap pasal isteri, suami, hidup dan hati... Menda2 yang takkan lari jauh dengan topik berkenaan... Tak best lerrr...

Tetiba lak teringat kat Kak Limah... jap nak tepon dia... nak tanya pasal skandal dia...hahahaha... kesian Kak Limah, dia tau tak aku tulih pasal dia nih? Entah la...

(Pause 20 minit)

Alahai Kak Limah... Tersedih lak dia bila aku tanya tadi... Tapi itu lah kehidupan kan kak... Tak best caner pon kita kena tempuh kan? Kak Limah kata, esok adalah hari terakhir perjanjian syaitan dia tuh...hahahaha.... Kak Limah rela lepaskan mamat kesayangan dia tuh... Pergilah jauh2... jangan toleh lagi pada dia (syahdu kot...)... Bagus la kalau mcm tu kak, untuk apa dia hadir pon kalau cuma menyusahkan fikiran dan menyesakkan dada (hehehe..Kak Limah slalu nangis bila citer pasal mamat tu). Dah la Kak Limah, jangan ler nangis lagi... Akak tu dah tua, buruk betol bila nangis... hahahaha...

Kak Limah pesan, kalau Tini jumpa ngan mamat tu (eh..eh... kenal pon tak ngan skandal Kak Limah, caner leh jumpa lak?...) tolong cakap kat dia, Kak Limah kirim salam... Hahahaha... Tu jer ker kak? Tak mintak kirim duit ker? Hahahahaha

Abes aku bercakap ngan Kak Limah kesayangan aku tu... aku teringat kat kawan aku nih... Sedih giler aku bila dia datang semalam... Sampai tidur pun aku mimpi pasal dia...

Mana tak nya, abes lebam badan dia kena belasah ngan laki dia (but this is not the first time). Siap kena terajang, tumbuk kat perut lagi sampai pitam kawan aku nih (yang ni first time)!!! Mengong nyer jantan, tak tau malu, kalau rasa diri tu hebat sangat pegi la masuk boxing ker, tomoi ker, ni tak... bini ko yang kerempeng tu yang ko lanyak... Setan sungguh!!!

Geramnyer aku rasa, kalau aku ni Incredible Hulk, lama dah aku renyuk2kan muka mamat tuh... Ha! Nak tau puncanya? Skandal laaa apa lagi... Kalau bini ko tu yang berskandal, ada gak rasionalnya ko wat citu, tapi yang berskandal tu ko!!! Then ko nyer bini dah dapat tau, emosi la dia kan... Alih2 ko bantai lak dia, patutnya ko tu yang kena tibai!! Tak tau mana otak ko diletakkan, kepala lutut kot!

Kesiannya seorang wanita ini bila tidak dihargai... Bersyukurlah kita tidak sampai dianiayai sebegini... Tapi kita boleh jamin tak yang kita akan sentiasa begini sampai bila2? Mungkin hari ni dia sayang, esok dah melayang... hati beb... saper tau?

Oleh itu wahai wanita sekalian (dah rasa cam YB Kementerian Wanita plak), wanita perlukan didikan kerana didik wanita maka terdidiklah negara. (sah2 aku bertanding PRU akan datang)... Hahahaha... Dalam gelak ni aku terpikir... didik kat sini bukan bererti pendidikan akademik sahaja, tapi pendidikan emosi, mental dan fizikal. Dalam kes kawan aku tadi tu, kalau wanita dididik dengan ilmu mengenai emosi, psikologi dan mungkin seni mempertahankan diri, mungkin perkara ini boleh di kurangkan impaknya...

Untuk kawan aku tu, aku sangat bermohon agar dia buangkan ‘sabar’ dalam diri dia tu. Cukuplah ‘sabar’ dengan sepak terajang selama 8 tahun ni, jangan ‘sabar’ lagi bila jantan tu buat ko macam sampah... Beranikanlah diri menuntut hak!!! Aku sayang ko...

No comments:

Post a Comment