03 July 2009

Mikhael nak cakap apa pada Mummy...

Dua tiga hari ni Mikhael pandang aku dengan pandangan yang tak dapat aku tafsirkan... Naper duhai anakku....? Mikhael nak tanya kenapa Mummy balik lambat ker? Mummy kerja dan kerja Mummy banyakkkkk sangat. Mikhael nak tanya kenapa Mummy banyakkkkk kerja ker? Mummy banyak kerja sebab Mummy tak bagi orang buat kerja-kerja tu... Mikhael nak tanya kenapa Mummy tak bagi orang lain buat kerja-kerja tu? Mummy tak bagi coz Mummy tak mahu bebankan orang.... Mikhael tahu tak, Mummy tak suka dan kalau boleh taknak bebankan orang lain, Mummy nak anak-anak Mummy pun macam tu jugak. Mikhael rasa abang sekarang tengah "tunjuk perasaan" ker? Tu sebab abang buat hal macam-macam. Mungkin jugak kan... Sepatutnya Mummy kena balik awal tengok anak-anak Mummy yang sedang membesar nih. Mummy kena tengok abang buat homework, kena tengok kakak yang nakal tu dan kena tengok Mikhael yang manja ni... Macam mana ni Mikhael, Mummy memang nak buat tu semua tapi...OK lah, Mummy cuba, mulai hari ni Mummy akan sedaya upaya balik jam 6 atau 6.30 petang. Mummy cuba yer Mikhael..

26 June 2009

Tambah sorang lagi

Hehehe... tambah sorang lagi penerima Uber Amazing Blog Award iaitu si Manje @ Mariani Masdar... Ok akak tag ko.

24 June 2009

UBER AMAZING BLOG AWARD


TAGGED ni from Queen AneeZ...
Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini :


1. Layak bukak bakery kat sebelah UPSI.
2. Queen of Perfumes.
3. Tak lama lagi akan join persatuan kengkawan me’renovate’ rumah.
4. Kalau dia takder kat BPAQ tu… Abang Ling nya akan jadi huru hara.
5. Menggelarkan hubbynya “Sang Suami” dalam blog. Sang tu singkatan bagi aper yer… Sang Kancil ke Sang Buaya…

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yang seterusnya:

1. Aku anak kedua daripada enam beradik.
2. Keje kat UPSI dah masuk tahun ke 10.
3. Setakat ni dah 8 department dah, ditukar-tukar ni ada dua sebab, pertama coz bagus sangat atau keduanya coz sangat tidak bagus. Lu pikir ler sendiri tini oooiii….
4. Helmi suka kata aku tembam, aku suka menafikan walaupun pada hakikatnya betol. Tapi Helmi lagi debab dari aku… cam adik giant. Cis…
5. Baru aku tau aku takder hobi..
6. Semenjak dua menjak nih, kerja memang banyak. Tapi nasib baik ada kerja. Kesian kat pencari-pencari kerja kat luar sana..
7. Ada sorang ni cakap kat aku, “baik dia tukar ke Jabatan lain biler dah orang kata dia tak buat kerja kat Jabatan ni”. Abis tu, kalau kat Jabatan baru pon orang kata dia tak buat kerja, dia nak mintak tukar lagi ker?? Jangan macam tu dek oii.. Kat mana-mana pon kerja. Kerja ni kan amal.Ianya bergantung kepada niat, Innama a’amalu binniat. Sesungguhnya amal itu bermula dengan niat. Kalau kita niat kerja utk bagi makan anak-anak dengan duit halal, kat mana pon sama. Tapi kalau ingat keje untuk gaji jer… pikir2 kan lah..
8. Banyak yang terpendam di hati aku sekarang…
9. Kalau KAWAN dan LAWAN tu ada nametag kan senang nak kenal.
10. Biler aku berpesan-pesan kepada orang lain tu, orang yang pertama aku tuju adalah kepada diri aku.

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe tentang mereka:

1. Marina, kakak sulung ku.. reti tak nak tag nih? Kalau bukak blog dia, almost tentang makanan...yummy!
2. Daksha, jangan asyik baca jer blog orang, tanggaci...mana blog?
3. Ida, sepupu aku yang kawin bulan lepas. Kak Ni tau hang baca blog ni kan?
4. Bik Na, makcik aku yang paling bongsu.
5. Ijan, akak tau ko dah buat blog. Sahabat aku yang sedang tunggu saat untuk kehadiran orang baru dalam keluarganya. Jan betul ke berat ko dah...???