Dua tiga hari ni Mikhael pandang aku dengan pandangan yang tak dapat aku tafsirkan... Naper duhai anakku....? Mikhael nak tanya kenapa Mummy balik lambat ker? Mummy kerja dan kerja Mummy banyakkkkk sangat. Mikhael nak tanya kenapa Mummy banyakkkkk kerja ker? Mummy banyak kerja sebab Mummy tak bagi orang buat kerja-kerja tu... Mikhael nak tanya kenapa Mummy tak bagi orang lain buat kerja-kerja tu? Mummy tak bagi coz Mummy tak mahu bebankan orang.... Mikhael tahu tak, Mummy tak suka dan kalau boleh taknak bebankan orang lain, Mummy nak anak-anak Mummy pun macam tu jugak. Mikhael rasa abang sekarang tengah "tunjuk perasaan" ker? Tu sebab abang buat hal macam-macam. Mungkin jugak kan... Sepatutnya Mummy kena balik awal tengok anak-anak Mummy yang sedang membesar nih. Mummy kena tengok abang buat homework, kena tengok kakak yang nakal tu dan kena tengok Mikhael yang manja ni... Macam mana ni Mikhael, Mummy memang nak buat tu semua tapi...OK lah, Mummy cuba, mulai hari ni Mummy akan sedaya upaya balik jam 6 atau 6.30 petang. Mummy cuba yer Mikhael..
No comments:
Post a Comment