29 July 2009
Kalau dia orang mintak duit abang lagi…
Hari Isnin Mama bagitau ada orang mintak duit belanja sekolah abang. Mama kata patutlah abang selalu lapar sangat bila balik sekolah. Bila Mama tanya abang cakap duit hilang. Tapi Mama syak sesuatu, Mama desak abang cakap. Last last abang cakap kat Mama, ada budak mintak duit belanja sekolah, kalau tak bagi nanti dia pukul abang dan taknak kawan abang. Abang nak kawan dengan semua orang dan taknak orang tu pukul abang. Mama tanya kenapa abang tak bagitau Mummy. Abang kata kalau bagitau Mummy nanti Mummy marah...
Ya Allah.. Mummy takkan marah kalau abang tak buat salah. Mummy tak marah kalau abang cakap betul-betul. Sekarang memang Mummy marah tapi bukan pada abang. Mummy rasa nak cari jer mak bapak budak tu. Rasa macam nak gi jumpa jer cikgu abang. Tapi Mummy kena cakap ngan Daddy dulu. Daddy sampai rumah jer Mummy terus citer. Mummy suruh Daddy pegi sekolah abang. Tapi Daddy tak setuju. Daddy slow talk ngan abang. Daddy suruh abang selesaikan dulu sendiri, Daddy bagi cara. Daddy nak abang confident dengan diri.
Hari Selasa, Syafik anak Mama bagitau, budak-budak yang mintak duit abang tu kena denda lari kat padang sekolah. Guru besar dah ambil tindakan kat budak-budak tu. Mummy tanya abang, abang buat apa. Abang kata, abang pergi buat aduan kat guru disiplin dan guru besar. Pastu cikgu panggil dan siasat bebudak ni. Bila cikgu dapati diaorang ni salah, cikgu terus denda diaorang. Alhamdulillah.. abang buat perkara yang betul. Tapi abang kena lebih berhati-hati lepas ni. Kalau diorang mintak duit abang lagi, abang tahukan nak buat apa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment