15 March 2012

Redha dan Pasrah

Banyak nak kena fikir... lagi banyak nak kena buat... At this point I do not need an intelligent mind that speaks, but a patient heart that listens... 

Apa yang boleh saya buat selain redha dan pasrah pada keadaan... Tapi dalam Ombak Rindu kata... Redha itu Ikhlas dan Pasrah itu Menyerah... Redhakah saya? Takkan saya boleh pasrah begitu sahaja...?

Tapi saya sangat3 percaya dengan HIKMAH... Memang benar.. sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya... Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Dan apabila saya sedar tentang HIKMAH ini maka saya Redha dan Pasrah...





 Saya teringat adik2 ini...
 P.S Yang lain kat dalam FB saya...

07 March 2012

JOM REDAH


Cam best plak dok dengar lagu2 Kak Ziana ni... 

 
Jam dah kol 7 malam...hujan makin lebat... Nak redah ker nak tunggu... haih... takut terrrr demam plak... esok ader meeting penting... kena ngadap lagi muka ‘insan itu’... kalau boleh jangan la dia ungkit perkara itu... dah sudah tu sudah lah... hati aku dah luka... bukan boleh baik serta merta... kalau boleh aku tak mo tengok muka dia... walaupun dia dah minta maaf... ish.. keras gak hati nih...


Jeling jap kat report kehadiran... tetiba rasa nyampah plak... poyo ler mamat nih... heran pon ader... biasanya orang naik beskal... tapi dia ni beskal yang naik orang...  Pastu selak plak reports pasal insiden tu... Mana plak peranan si beskal buruk nih... takder laaaa... apa la mamat nih buat dok kat sana tu?  Sakit kepala pikir... ader dia pikir pasal aku tak? Huh!! Gerenti kerat jari laaaa... dia musti pikir punya... 

Alahai... bila la ujan nak berenti nih... rindu sangat kat anak3... Hmmm... tak kira la ujan tak ujan.... JOM REDAH!!!!


01 March 2012

I am hurt... :(

Asalnya nak menulis tentang kisah baru jer berlaku tadi... Akhirnya setelah menulis separuh jalan, hanya keburukan orang jer yang aku senaraikan... Sangat tidak bagus!! At last, aku tulis tentang aku dan ujian yang Tuhan beri untuk aku pada hari ini.

· Tuhan menguji aku dengan hamburan kata-kata amarah orang yang menusuk ke tulang hitam...
· Tuhan menguji aku dengan airmata yang bergenang...
· Tuhan menguji aku dengan memberi kemaafan
· Tuhan menguji aku dengan kesabaran
· Tuhan menguji aku dengan keinsafan...

Tuhan sahaja yang tahu bahawa aku redha dengan kata-kata ‘insan itu’... Tuhan sahaja yang tahu bahawa aku tidak membenci ‘insan itu’... Tuhan sahaja yang tahu bahawa aku masih memandang tinggi kepada ‘insan itu’... Tuhan sahaja yang tahu bahawa aku amat menghargai keikhlasan permohonan maaf 'insan itu'...

Tapi Tuhan juga tahu bahawa hati aku sangat terluka kerana 'insan itu'...