23 May 2012

Si Kucing kah yang buat hal lagi??


Salam… hari ni mungkin adalah hari yang paling sesuai untuk aku mulakan penulisan ini… Pagi tadi berjumpa semula dengan rakan yang baru balik cuti besalin… Tahniah atas kelahiran The Cute Princess … Kemudian petang ini pula berjumpa dengan my dear sister yang dah lama juga tak dengar cerita…

Semalam Matt Freud minta aku tulis cerita tentang dia… Hmmm… Zaim Akagi pun jugak soh aku tulis… Cerita apa yang menarik tentang mereka berdua??? Hahahaha!!! Banyak… beribu-ribu kenangan… Nantilah… pasti saya akan coretkan sesuatu tentang kamu berdua…

Tapi hari ni aku nak tulis pasal aku dan seterusnya adalah aku… Pasal orang yang tak suka aku jadi jahat dan tak senang aku jadi baik… 


Aku pon tak suka nak jadi jahat… tak suka nak buat orang macam-macam… tetiba teringat balik kisah kawan aku yang buang helmet si kucing dalam sungai…. Hahahahaha!!!! Jahat la ko!!!! 

Tapi kadang-kadang aku terfikir nak jadi jahat… terfikir nak aniaya orang… hmmm… macam calarkan kete orang yang parking kete ikut suka ati mak abah dia… teringin nak cilikan si mulut besar yang menjaja cerita dan fitnah… teringin nak tarik misai manusia yang anggap dirinya dewa… hahahaha… teringin macam2… tapi yang jelas dan nyata… aku takkan buat macam tu… aku bukan jenis yang sampai hati… aku terfikir, kalau aku buat jahat kat orang sekali, Allah akan balas kat aku 1000 kali… Insaf jap…

Jelas sekali… ramai yang tak suka kalau aku jadi jahat… sebab aku bukan orang jahat…

Tapi kenapa orang tak senang bila aku jadi baik… Orang tak senang bila aku bercakap dengan berhemah… Orang tak senang bila aku memberi mereka peluang membetulkan kesilapan diri mereka… orang tak senang bila aku cuba memberi ruang kepada mereka berbuat kebaikan… Kenapa tak senang… aku bukan nak jadi Malaikat… Malah aku juga jauh untuk jadi nabi… 

Aku cuma mahu mereka sedar bahawa peluang sentiasa ada untuk berubah menjadi lebih baik… Aku mahu mereka sedar bahawa kesalahan itu akan ditutup dengan kebaikan… Aku mahu mereka sedar bahawa aku juga manusia yang tak berhak dinilai oleh sesiapa… Siapalah aku kan…

Sekarang ni… aku cuma boleh berfikir… berfikir balik mengenai diri, tugas dan tanggungjawab… berfikir mengenai nasihat seseorang kepada aku… Sampai macammana kita ni nak jaga orang supaya orang tu boleh masuk syurga… Kepada waris kita pun belum tentu kita boleh jaga sampai macam tu kan…

Kesimpulannya… kalau si kucing mahu perang… JOM PERANG!!!! (Hehehehe… ader kaitan tak??)

06 April 2012

Soft Power Approach

Berbalah dengan orang yang tidak mahu kalah... apa yang perlu dilakukan... adakah kita terus2an akan berbalah... Jika di sini, saya suka mengambil sikap mengalah coz macammana pun kita berdebat dengan fakta, dia masih lagi mahukan kemenangan itu... Maka, saya bagi dia kemenangan itu... Puas hati tak? Hmmm... dia masih tak puas hati... so, apa jadi? Dia terus lagi menghambur saya dengan kata2 ini ... At the moment sadly said you still failed to work on this urgent matter but yet insist on the procedures ... Alhamdulillah... akhirnya sum1 dengan kuasa veto membalas dengan ayat berikut... Tolong lah berhemah bila kita berkomunikasi sesama kita. Gunakan 'soft power' approach. Saya percaya semua yg terlibat telah melakukan yg terbaik. Tiada kata lagi yang dapat saya ucapkan... terima kasih kerana percaya bahawa soft power approach adalah yang terbaik...

Tak cukup dengan itu, saya akhirnya mengetahui kenapa manusia tahap DEWA itu terlalu marah kepada saya dan tak cukup dengan itu, Penjaga DEWA juga menolong menjaja cerita mengenai saya... Ooo ni si kucing nyer keje...  Kononnya, saya dah keluarkan surat meminta manusia tahap DEWA itu pindah... So dia tak puas hati coz yang mengeluarkan surat itu adalah saya... Hahahaha... Pandainya kucing memutarbelitkan fakta... tunjukkanlah bukti yang saya pernah kluarkan surat tu... mana? Apa rujukannya? Haih... tu lah kan... kalau dah tak suka tu, orang cakap apa yang buruk pasal kita pun yang tak suka tu semuanya percaya... Biarlah... saya bukan TUHAN untuk balas perbuatan mereka kepada saya... 

           Ni la Kucing tu... hahaha...Dekat2 dah rupa dia...
Tapi saya percaya dengan sahabat2 di sekeliling saya... Mereka adalah sumber kekuatan saya di sini... Terima kasih teman atas doa kalian... Insya Allah... Saya akan terus tabah...

31 March 2012

DEWA


Manusia ni kalau di suruh buat list ketidak puasan hati, tujuh lautan dakwat pun belum tentu habis tulis lagi senarainya… Macam2 yang kita tak puas hati… sebab yang paling banyak kita akan tulis adalah pasal orang laen… Kenapa? Coz kita rasa kitalah paling sempurna, paling bagus, paling baik… senang cakap, TAHAP DEWA… Haih…

Sedar atau tidak, kenapa kita tak puas hati ngan orang laen? Hmm… sebab musababnya bila kita rasa orang laen itu sepatutnya kurang daripada kita, kita rasa orang laen tu patut dengar cakap kita, patut tunduk dengan kita… Ego nya kita kan??? Bila kita dah macam tu… rasa2nya leh tak kita tido lena … Hah! Gerenti kerat jari nyer la, tentu TAK BOLEH… Kenapa tak boleh??  Coz siang malam kita asyik fikir tentang orang tu… Asyik fikir bagaimana nak jatuhkan dia… Kalau boleh dengan cara yang paling memalukan dia…. Ish3… jahatnya fikiran kita yer… Fikiran tak jahat, tapi hati kita yang BUSUK…

Tak boleh ker kita hidup dengan kedamaian, tak ader dalam hati tu untuk menjaga kepentingan sendiri, fikir orang laen juga… Dalam dunia ni, semua orang sama, walaupun tua, walaupun muda, walaupun pangkat tinggi, walaupun x der keje… sama jer…  Semua orang  akan makan bila lapar, takder yang leh kenyang hanya dengan dengan berfikir jer… Semua orang akan tidur bila mengantuk, takder yang boleh tahan mata dengan hanya telan ubat… Kan sama jer kita nih… baik ker, jahat ker, pandai ker tau bodoh tetap sama , takder DEWA dikalangan kita nih…

So, to that person, saya sangat tahu awak sangat tak puas hati dengan saya… Saya tidak tahu kenapa, tapi awak menjajanya di kalangan rakan-rakan saya, yang akhirnya of coz la sampai juga ke telinga saya… Alhamdulillah dan terima kasih… sekurang-kurangnya saya tahu siapa yang telah mengiktiraf dirinya DEWA kan?? Saya?? Saya cuma HAMBA ALLAH….