30 December 2010

DOA KU


Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arasy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Syurga Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

Buat suamiku...
I thought it was an empty anniversary, so lonely and quite... but I'm so surprised!!! Thanx my dear hubby Shaarol Azwan Jaafar ... I LUV U...

Hubby bagi bunga sempena ulangtahun perkahwinan ke 9 pada 29 Disember 2010

27 December 2010

RASA


Dah janji ngan Eema tadi nak tulis tentang hari nih... Hari yang takleh nak describe macam mana RASAnya...

Pepagi dah RASA penat plus mekap cair lak tuh... Tapi untuk adik2 yang aku sayang... Aku turutkan... Pasni, Nan ngan Amir kena belanja saya makan tau! Hahaha!!!

Pastu RASA lapar... Tahap Dewa nyer lapar... TQ my dear Ima coz bawakkan saya g makan dan rasa cam tuan besar lak... hehehe...

Pastu memang RASA macam-macam... Eema tau kot apa yang aku RASA nih... Banyak yang aku tulis dalam buku nota nih... (rentetan daripada satu perkara yang jadi hari nih...) Meh aku salin balik...

”Payahnya menjernihkan hati...” ni aku tulis coz aku tak mampu menanggung RASA yang pelbagai nih... (termasuk RASA ngantuk, bosan dan sewaktu dengannya)

Pastu ayat2 dalam pale nih plak kuar ...
”Bila kita bercakap berkobar-kobar seolah2 topik sangat menarik dan terlampau banyak yang perlu disampaikan... tapi audiens plak tersengguk2... maknanya... kita nih SYOK SENDIRI... ada paham?” Hehehe...paham kot...

Pastu ... ”Bila kita hilang rasa hormat, dia cakap apa pun kita rasa cam SAMPAH”... Ni yang aku RASA tak best...

Ayat seterusnya... ”Kenapa yang baik dan betul hanya ’SAYA’ dan yang tak baik dan tak betul tuh adalah ’AWAK’ jer...”

Disebabkan RASA berubah2 so aku pon tengok keliling... Yang pastinya...
- Ada yang dah mengeluh...
- Ada yang main hujung necktie buat bookmark (Selit celah2 kertas...hehehehe)
- Ada yang sembang...hmmm...
- Ada yang asyik mengangguk2 (tido ler tuh...)
- Ada yang asyik menulis...tulis aper tuh?
- Ada yang tongkat dagu coz kalau tak...dah lama lena atas meja...
- Ada yang tengah reka2 soklan nak tanya...ada makna tuh...
- Ada yang tutup mulut ngan necktie...apa lagi...nguap ler tuh...
- Ader yang pandang bawah jer... oooo…sms…
- Ader yang tak berenti tanya soklan… sudah2 lah… hujan pon tau stop…
- Ader yang taknak ngaku bila ditanya… ish3… cakap jer ler… takyah sorok udang sebalik mee udang… dah jelas…

Jelasnya… pelbagai RASA yang aku rasa hari nih… Nak tambah lagi tak? Cukup2 lah… Lebih2 kang tukar nama jadi penambah RASA lak…hehehe….

23 December 2010

Wangi


Minyak wangi apa lah yang mamat nih pakai... baunya sampai sekarang masih melekat kat kerusi depan aku nih... Orangnya dah lama balik dah... Yang aku tau ni bukan bau Dunhill Red atau Blue atau Black, bukan jugak bau Ralph Lauren Big Pony No.1 (aku gila bau nih...) atau Armani Acqua Di Gio (luv this!!!)...Abes tu bau aper? Takkan minyak attar kot... Hmm... teringat satu monolog Prof. Adibah (Mahabbah De Laila) bila tengok cermin... Buat apa wangi kalau hati kita busuk... Betol tu Prof... Takyah nak menyamar dengan minyak wangi yang mahal... wat perabis duit jer... Anyway...sesak hidung aku...

Hari ni cam banyak sangat keje... Memang banyak... Tak caya leh tengok tray in aku...dah melimpah...tapi tray out...masih kosong... Jap lagi kot aku buat... Semangat aku telah kembali pulang untuk hari ni... Terima kasih...

Pesan mak tadi...masih terngiang2 kat telinga... Insya Allah Mak... Selagi sihat dan kudrat masih ada, Kak Ni akan tunaikan pesan Mak... Doakan Kak Ni yer Mak... Saaaaayaaaaanggggg Mak...