31 May 2011

Patrick dan JPToncit

-MAAF, N3 ini terpaksa saya delete coz ianya menyentuh rasa orang yang saya tak terlintas pun nak cuit pun hatinya-

NOTA : Terlupa lak nak ucap SELAMAT PENGANTIN BARU untuk adik sorang ni… Roshayati dan suaminya Zamri… Sekitar majlis Rose dan Zam…. Gambar kurang memuaskan coz pakai hp jer…

Rose and me...

Candid !!!

Alahai...comey...

Snap jer...

Ni lah keluarga baru Rose dan Zam .... Insya Allah... Bahagia...

24 May 2011

Terima Kasih AMY AIRMIEN

Tak tau lah naper…tapi aku nak sangat mencoretkan sesuatu dalam blog ni… Idea…datanglah… Last2, jumpa satu blog… sesuatu yang ditulis mengenai dirinya… menarik… jom share…

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita menangis ?
Kenapa kita menutup mata ketika kita membayangkan sesuatu ?

Hal hal yang terindah di dunia ini biasanya tidak terlihat.
Ada hal hal yang tidak ingin kita lepaskan dan ada orang yang tidak ingin kita tinggalkan...

Tapi ingatlah, melepaskan bukan bererti akhir dari dunia melainkan awal dari kehidupan yang baru...

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang telah disakiti, mereka yang telah mencari dan telah mencuba kerana merekalah yang biasa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka...

Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya.
Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikanmu, kamu masih menunggunya dengan setia.
Cinta adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa tersenyum sambil berkata , ”Aku turut berbahagia untukmu ”

Ayat-ayat penulis ini bisa buat aku tersenyum untuk hari ini… Terima Kasih AMY AIRMIEN…

Mikhael ajak Mummy makan roti canai... tapi Abang demam ler...

Semalam si Abang @ Sufyan Mukhreez demam... Mummy bawak g klinik... risau Mummy coz Abang nak exam... Cepat sembuh yer Bang...

19 May 2011

Tak kena


Atas meja aku pada jam 6.10 petang 19 Mei 2011... serabut...serabut...

Berselerak meja… Takdan nak susun lagi keje yang menimbun dengan yang bercelaru dalam kepale ni ha… Betol la… hidup ni ‘hidup’ sebab ada masalah… kalau takder masalah… takyah ler nak pikir caner nak hidup kan??

Banyak yang aku rasa cam tak kena dalam hidup aku… Contohnya macam tadi tu… bagi talk pasal protokol tapi aku datang pakai cam minah rempit yang baru pas kalah racing jerrr…. Memang ler sebab aku cuti hari ni atau lebih tepat lagi MC. Sakit mata nih lambat benor lak nak baiknya…

Lagi apa yang tak kena? Hmmm… aku sepatutnya cuti untuk 2 hari… Tapi macam tak cuti jer… Memang sama jer… kat umah ker…kat ofis ker… aku takkan berenti buat keje… Tapi keje-keje tu tak abes2 pon… Kat umah basuh pinggan, takdan 5 minit ada lagi pinggan nak kena basuh… basuh baju rasa cam tak abes2 jer basuh, masak lak cam lepas masak, masak lagi, masak lagi… tak abes… Sama jer kalau kat ofis… lepas satu keje…keje lain lak datang…pas tu masalah laen lak nak kena selesai…pastu event lain nak kena handle… lepas satu… satu plak…

Takder saper yang untung atau rugi kalau keje atau cuti… sama jer… Cuma yang tak sama adalah “Adakah kita dihargai?”… Tak kira lah kat umah atau kat tempat keje… sama jer… Cuma bila diberi penghargaan, rasa berbaloi tu akan timbul dalam diri…

Lagi apa yang rasa tak kena? Uihhh…kalau buat list ni dah sampai ke Teluk Intan dah, tembuih ke Ipoh, turun ke Bidor, singgah ke Sungkei, patah balik ke Tanjong Malim dah nih…. (Kalah Man Laksa nyer dialog…hahahaha). Tapi aku kan pandai susun keje, lawan mak pon pandai, takkan keje ofis takleh buat (motivasi diri nih)… Yer la tuh… Nak motivasikan diri konon… moncong jer lebih… hahahaha!!!!


Sesaper nak sangkut hanger ???