11 May 2011

601


Asyik sendawa dari tadi… Nak termuntah rasanya… Baru pas makan roti canai… Nampak sangat susah nak hadam roti canai nih dalam perot… Mungkin antara aku ngan roti canai takder ‘keserasian’ walau suka caner skali pon… Mungkin jugak sebab aku tak makan apa2 dari tengahari tadi… Naseb2…

Pagi tadi Dr. dah sahkan aku kena Conjunctivitis atau dalam bahasa biasanya sakit mata… Dah bagi MC pon… tapi leh ker aku cuti sedangkan keje melambak hak (bak kata mak aku)… Dari bab MPN sampai ke Konvo… banyak yang lom settle… Tak masuk untuk Hari Guru nih… Dah sure ler bab promosi yang aku cater dan bukan sambutan yer…

Tadi ader orang ke 601 bagitau kat aku yang aku ni workaholic… Yer ker… Pesanan yang sama setiap orang.. “Jaga kesihatan, jangan kuat sangat keje, family first..”. Kepada semua yang memberi aku ingatan ini… Terima kasih kerana sayangkan aku, ambil berat dan secara tak langsung memaklumkan kepada aku bahawa aku adalah salah seorang yang diingati dalam hidup korang… Terharu sangat… Luv uols!!!

Terutama my dear Hubby... memang dia tahu aku keje caner... Walaupun kadangkala dia tidak senang tapi tu dalam hati jer... Kat wajah... SENYUM SOKMO... Tq dear...

1 comment: