25 January 2011

Arghhh...rindunya...


Semalam dapat call daripada K.E (Kak Engku) Pej. VC maklumkan VC suruh g meeting kat Residence Hotel Bangi. Dah la sakit sesungguh kepala…MC lagi tuh. Malas nyer nak fikir macam mana nak g. Kata ada kenderaan tp btolak ko, 7 pagi… Huh! Celaru otak…mana dan nak hantar bebudak lagi… So dengan kata lainnyer…drive sendiri ler…

So hari ni…drive ler aku ke tempat tujuan…Ikut jalan yang aku tau selama nih…Memang ler jam…tapi okay la kot… About the meeting, NO KOMEN…

Abes jer meeting, Mama pesan belikan si Syafik calculator 350…apa tuh? Mana nak cari? Hmm.. . yang terdekat…Seri Serdang kot (coz tu jer tempat yg aku expert). So, AFM2495 pun membelah jalanraya…Memang jam giler dari Uniten ke UPM…sabor jer la…

Sampai kat simpang UPM tuh tetiba jer aku rasa sebak sangat (tak tau naper…). Mungkin sebab lagu2 retro dlm SINAR FM ker…atau sebab aku sorang2 driving ker? Kebetulan pulak kenderaan arah ke Serdang memang kurang… Aku terimbas balik jalan-jalan kenangan di UPM dulu…ngan Chah, Mex, Dol, Fuad, Bob… Rasa cam nak ulang balik jer… Tetiba aku rasa rindu… Rindu pada ACR4243… Rindu nak isi minyak kat Petronas tuh… Rindu nak g pasar malam Seri Serdang… Rindu nak g kelas…Rindu nak merempit (ni pun leh rindu ker?)Nakalnya aku dulu… Aku rindu semuanya…rindu sangat…

Apa khabar rakan2 aku agaknya…rindukah mereka pada jalan-jalan kenangan ini… Rindu tak pada aku ini… Cepatnya masa berlalu… Banyak perkara pada kita yang dah berubah… Aku mungkin berubah, pada wajah, pada penampilan, pada watak tapi tidak pada hati… masih sama macam dulu… masih sayang pada kamu…

16 January 2011

CUTI KER?


Duduk jap depan PC nih lepas sidai baju… Sedih tengok kain yang menimbun minta dicuci… Kejam nyer aku kat kain baju tuh… Cuti dua hari nih buat apa? Cuti ker? Sebetolnya hari cuti ni aku bertambah keje bukan berkurang… Rehat ker? Sejujurnya…TIDAK.
Bukan mengeluh coz inilah kehidupan… Ditambah dengan tanggungjawab, kadang2 memang tak tertanggung… Penat ker? Penat sangat… Kalau hari keje, dalam tido pun aku teringat keje…hari cuti macam nih lagi macam-macam aku ingat …
• Semalam kuar g Rawang, beli barang dapur… Banyak barang dah abes… Tengok ramainyer beli minyak masak, berbotol2…kenapa? Oooo… krisis minyak masak… Tapi effect aku tak? Tak la sangat…
- Melayan kerenah bebudak nak beli macam2… Pastu nak main macam2…
- Pastu malam lak terus g perjumpaan BRIGED BPKHA… Alhamdulillah… Adik2 ni lah yang buat aku bersemangat untuk meneruskan perjuangan.
- Dari pagi aku teringat pasal banner nak sambut MB datang sok… Dah gantung ker? En. Amir tu kata dah (dia emel tadi). Nak sroh saper g tengok nih… Kesian lak nak suruh staf masa cuti nih… Mau tak mau… kol 11 malam nantilah aku g tengok… Lepas Mikhael tido…
- Bathroom tak cuci lagi… kain tak lipat lagi… keperluan anak untuk esok tak sedia lagi…
- Esok MB datang, lusa lak majlis ngan MIMOS… dua-dua nak press… hari jumaat dah pi ngadap press Ipoh, apa lagi usaha?
- Luka masih lagi berbekas di hati… Adakah ini akan terus melemahkan semangat untuk berjuang di BPKHA? Nanti aku jawab…

13 January 2011

TAK GUNA


Subhanallah... dah lama sangat dah aku tak pernah rasa marah macam nih... Marah yang teramat marah... Kenapalah syaitan ini menguasai... Mungkin yang call aku tadi setan jugak kot... Dengan arahan yang direct jer dia keluarkan... Mungkin sebab aku dah takder Pengarah kot, so dia jadik lebih berani... Atau sebab aku ni takder pangkat kat depan nama so dia ingat leh buat sukahati tok nenek dia jer...

Pastu bila aku mintak menda yang sepatutnya aku dapat dari dia, wah...dengan ayat membesarkan diri dan pangkat (siap sebut lagi jawatan dia tuh yang tak tahan tuh...), terus kata itu bukan keje dia. Dia cakap suruh aku dapatkan dari orang len pulak... Siap sound lagi, bukan ker tuh keje you all... Aku pun kata ler...Betul tu keje kami, tapi input must be from organizer... Pastu macam-macam ayat mengong yang memang jelas menunjukkan kebangangan dia keluar dari mulut longkang dia tuh...

Dan yang buat aku menggigil pegang tepon tu tadi bila dia kata, Prof. Dotdotdot ni kata BAHAGIAN KORPORAT ni TAK GUNA, bukan tahu buat keje pun... Ya ALLAH... Busuk hatinya manusia nih... Aku pun cakap kat dia, tu sebab saya minta semua bahan2 ni coz saya nak tunjuk kami nih berguna, tapi kalau tak mahu bagi memang ler TAK GUNA...

Pas letak tepon, memang ler aku takleh nak bercakap dah... betul2 rasa down sangat...Senangnya cakap... Dengan kami yang tak guna ni jugak korang perlu nak mintak dapatkan speech, kami yang tak guna nih kena buat jemputan, kena buat follow up, kami yang tak guna ni jugak kena sediakan cenderamata, kami yang tak guna ni jugak yang you all suruh ligan media, kami yang tak guna ni jugak kena run kan majlis you all tuh, tak gunanya kami nih sampai VIP you kami yang kena handle... Kami yang tak guna ni jugak di suruh angkat nama you all... coz dengan adanya kami yang tak guna ni nanti you all yang dapat nama... Kami tak nak pun nama tuh…

Percaya atau tak, bila jemputan tak ramai yang hadir, ader yang akan cakap...BAHAGIAN KORPORAT ni memang TAK GUNA... mana audience... Tapi tau tak kami dah call, buat follow up... Takkan kami nak kena heret diaorang masuk event you…

Pastu bila disediakan cenderamata, kata pulak, macam ni jer… sepatutnya cenderamata kena korporat ler sket, dari dulu I tengok BAHAGIAN KORPORAT memang TAK GUNA… cenderamata pun low class… Tapi tau tak…dalam membelanjakan wang rakyat nih, bahagian kami kena tengok keperluan semua. Takkan nak beli lain-lain…mahal, tau tak? You ingat kos satu plak berapa? Yang you nak crystal, tp kita mampu beli kayu jer… You tengok majlis you saja, tau tak bajet yang diberi kepada kami berapa? Dengan sebanyak itu rasa-rasa kami boleh beli apa… Kalau bajet nak hala kepada cenderamata saja, baik kita jadi BAHAGIAN KEBAJIKAN daripada BAHAGIAN KORPORAT…

Pastu bila media tak hadir…keluar pulak, BAHAGIAN KORPORAT memang TAK GUNA… kita buat majlis besar, tapi press satu pun tak datang… Tuhan…Ampunkan aku kalau aku terpaksa berkasar untuk menyatakan kebenaran ini… Kami dah buat seupaya kami, surat jemputan dah buat, dah follow up, dah call, dah pi jumpa face to face dah buat siaran akhbar... Cuma yang kami tak buat lagi adalah dukung diaorang datang ke sini... Izinkan aku cakap, press mahukan news value, paham tak? Macam nih, kita buat perasmian pelancaran buku la katakan, dalam perjalanan press ke sini tiba-tiba ada kejadian bas terbalik...ingat press nak datang jugak ker kat kita? Surat khabar dia lagi laku kalau siarkan berita bas terbalik tu, silap2 muka depan... pastu byline nama reporter tuh... pikir la sket... kita nak nama kita naik, reporter pun nak story dia naik... press company nak jualan dia naik... Rasa2 orang ramai nak beli surat khabar yang mana? Yang ada pasal perasmian kita kat muka depan atau yang ada pasal peristiwa bas terbalik, 27 orang mati... Tolong la jawab...

Pastu bila event nak berjalan, VIP terpinga2 cari tempat duduk, yang keluar dari mulut you, BAHAGIAN KORPORAT ni memang TAK GUNA, VIP tak tau tempat duduk...mana diaorang pegi... Apa lagi, VIP you kan... layan ler... Tapi mesti tak boleh coz tu bukan keje you (macam yang you cakap coz jawatan you besar) coz biasanya BAHAGIAN KORPORAT yang TAK GUNA ni yang tahu nak susun tempat, nak entertain VIP, kalau salah letak VIP, BAHAGIAN KORPORAT la yang TAK GUNA coz tak tagging tempat, dah you all malu... nanti la BAHAGIAN KORPORAT...korang dah bikin aku malu...tu lah yang you kata dalam hati kan...

Bukan tu jer...banyak lagi menda BAHAGIAN KORPORAT TAK GUNA ni buat, MC salah cakap, BAHAGIAN KORPORAT tak check ker? Muzik tak keluar, BAHAGIAN KORPORAT tak tengok dulu ker? Video camera tak der BAHAGIAN KORPORAT tak panggil ker? Gambar tak cantik, BAHAGIAN KORPORAT tak reti ker? Bendera kat pentas takder, BAHAGIAN KORPORAT tak beli ker? Corporate Book tak der, BAHAGIAN KORPORAT tak terbit ker? Brosur tak siap, BAHAGIAN KORPORAT punya hal ler...

Senang kata la kan... dalam TAK GUNA nya kami di BAHAGIAN KORPORAT ni rupanya TAK GUNA lagi mulut yang menuduh kami TAK GUNA tuh...

Kering dah airmata aku hari nih...terlukanya hati...kecilnya rasa diri...rupa-rupanya aku bukan sesiapa di sini...