12 March 2011

Lepaskanlah dia...

N3 ni aku tulis sebab baru jer bercakap dengan sum 1… Hatinya runsing, fikirannya pening… Kenapa? Apa jadi pada dia? Hmmm…masalah orang muda…hampir atau dah putus cinta…kalau boleh aku katakan begitu… Siapa yang tak pernah melaluinya… Realiti kehidupan kan…

My dear… memang susah melepaskan seseorang dalam hidup… Tapi jika itu diperlukan, maka relakanlah… dunia kita bukan berakhir bila kita terpaksa merelakan kepergian orang lain dalam hidup. Pandanglah ke hadapan walau remuk redam perasaan… My dear… ini baru sedikit… Baru di garisan permulaan untuk mengenal keperitan… Yang pastinya ia takkan berhenti selagi kita bernyawa… Bertahanlah… bukan masanya untuk menyerah…

Untuk aku… adakah aku dah lepaskan kepergian mereka?

Bapak yang aku kasihi… Aku saksi segalanya… Aku yang genggam tangannya… Aku yang dengar nafas terakhirnya… aku yang dengar Syahadahnya… Adakah aku rela dengan kepergiannya? Sesungguhnya TIDAK… tapi selepas 10 tahun ini… Lepaskanlah Marini… Lepaskanlah…

Aman… Demi Allah… Aku sayang adik seorang ini… Tapi sayang aku kepada Aman tetap tidak mengatasi sayang Allah kepada dia… Aku cuba dan saban hari mencuba untuk redha dengan ketentuan-Nya… Namun sehingga hari ini hati aku belum merelakan… Aku tak mampu melepaskan dia pergi… kembali kepada Penciptanya… Tuhan…berilah aku kekuatan…

01 March 2011

Tahun ke 12

Alhamdulillah… tepat jam 6.30 petang dah sampai semula ke ofis… lengkap tanpa cacat cela…terima kasih kepada driver yang bertugas membawa aku dan Haji Nazri ke Ipoh hari nih… Daud kot tak silap…

Sampai jer kat ofis nih perkara pertama adalah aku nak tulis semula catatan yang aku buat hari nih dari pukul 2 – 5 petang tadi… begini…

Hari ini hari pertama untuk tahun ke 12 aku berada di UPSI… setia tak? Kalau sampai sekarang masih di sini takkan tak setia kot…hehehe… Apa rasanya dah kira berbelas tahun berkhidmat untuk UPSI ni? Apa yang aku dah sumbangkan untuk UPSI?

Sumbangan??? Hmmm… mungkin tak banyak sangat tapi bermakna. Kalaupun tak bermakna buat UPSI cukuplah ianya amat bermakna untuk aku… Harapkan balasan ker? Hmmm…Tak lah… coz dalam dunia yang mengejar segala-galanya nih (tak tau pun apa yang dikejar) adakah kehadiran aku PENTING? Mungkin YA dan mungkin TIDAK.

YA kerana aku mungkin mencukupkan bilangan bagi membuat apa-apa justifikasi perjawatan atau mungkin TIDAK kerana aku belum cukup ‘memberi’.‘MEMBERI’… mungkin ini adalah takdir untuk aku kerana aku tercipta untuk menjadi ‘PEMBERI’ (ceeeewaaahhh…macam2) dan bukan ‘PENERIMA’. Prinsip si ‘PEMBERI’ ini (aku ler tuh…hehehe) adalah.. ‘Kalau aku dapat berikan dunia ini untuk aku bahagiakan kamu, maka akan aku usahakan…’. Ini janji ker? ’Eeerrkkk…

Ha!Nak komen kot pasal meeting hari nih… Tak paham tol!!! Tau ler ko ‘orang penting’… tapi takder etika langsung…leh lak bcakap dalam meeting sambil tongkat dagu…ish3..entah2 dagu tu patah kot…

Jadual kena panda…tarikh kena synchronize dengan semua pejabat orang besar.


Sowi…yg tadi tu note yang sempat dicatat masa fikiran tak menerawang ke seluruh alam…hehehe… Apa la diorang bcakap nih…kalau tak cakap omputih, cakap Perak’s English (aku quote cakap Cikgu Iwan…jgn marah yer cikgu…).

Tetiba …Alamak!!! Orang kita salah sebut nama orang besar Perak la… Yang gi sebut nama orang besar Selangor tuh apa hal? Ish3…malu….

Tetiba aku terfikir dalam keserabutan ini…naper aku lak yang hadir secara ‘vogue’ nya (perasan jap…) dalam meeting nih… Mana orang korang??? Takper la Marini… be and think positive k… You are the PR… so you are entitled to be here among the prestigious peoples… Semangat sket plz….

Semalam Prof Zin buat jamuan untuk kami iaitu bekas atau Ex... anak2 buah dia... So ni gambar korang yer...

Note : Ofkos ler gambar aku yg first...hehehe









22 February 2011

Bad boy!!!


Inspirasi datang lagi… betollah tu…Yang patah kan tumbuh…Yang hilang kan berganti… (Aper la yang aku merepek sampai tak paham nih…)

Anyway… idea untuk menulis datang lagi… berkobar-kobar rasanya… Hmmm…topic kali nih adalah…. Ha! Tadi ada orang cakap kat aku yang dia nih JAHAT. Ish3…jahat yer…caner nyer jahat tuh… Ader bunuh orang ker??? Takkan kot…. JAHAT tara mana nih…

Nak jugak tanya lebih lanjut tapi takut terbongkar lak rahsia dia… Dah nama pon rahsia…biarlah menjadi rahsia dia sehinggalah dia sendiri rela nak ceritakan… I’m here for you beb…

Berbalik kepada kisah JAHAT tadi… Kalaupun you JAHAT…, takkan nak jadi JAHAT selamanya kan… Mesti terdetik gak kat sudut mana2 dalam hati you tuh you nak jadi baik kan… Takkan tak fikir masa depan… You taknak ader masa depan ker?

Hmmm…. Jauh you termenung tadi bila I ceramah pasal masa depan kat you… Bukan aper… lets bygone be bygone… Yang hitam dalam diri biarlah Tuhan yang tentukan… jadikan ianya satu titik sahaja dalam kehidupan… (kata-kata ini aku petik dari my dear Dieny Noh)… Dari jauh orang takkan nampak titik hitam ini kecuali orang itu mahu betul2 mengenali you… Yang mahu itu mestilah orang yang boleh menerima you seadanya… coz sebagai manusia kita nih tak perfect…

You ingat tak pasal I cakap tentang BLENDER tadi… BLENDER yang berputar tak kira apa sahaja dia akan kisar… You dah nampak tajamnyer matapisau BLENDER tuh… kenapa nak sua jugak tangan you dalam tuh… Dah tau kan…macam2 mana pon BLENDER tuh tak kira coz dia akan kisar sekali tangan you walaupun tu BLENDER yang you paling sayang… You rasa you kenal dia, tapi dia sampai bila2 takkan kenal you…

Cuba you buka mata dan lihat dunia yang luas ini… jauh lagi you nak lihat penghujungnya… buat apa berhenti? Berjalanlah…