Sampai jer kat ofis nih perkara pertama adalah aku nak tulis semula catatan yang aku buat hari nih dari pukul 2 – 5 petang tadi… begini…
Hari ini hari pertama untuk tahun ke 12 aku berada di UPSI… setia tak? Kalau sampai sekarang masih di sini takkan tak setia kot…hehehe… Apa rasanya dah kira berbelas tahun berkhidmat untuk UPSI ni? Apa yang aku dah sumbangkan untuk UPSI?
Sumbangan??? Hmmm… mungkin tak banyak sangat tapi bermakna. Kalaupun tak bermakna buat UPSI cukuplah ianya amat bermakna untuk aku… Harapkan balasan ker? Hmmm…Tak lah… coz dalam dunia yang mengejar segala-galanya nih (tak tau pun apa yang dikejar) adakah kehadiran aku PENTING? Mungkin YA dan mungkin TIDAK.
YA kerana aku mungkin mencukupkan bilangan bagi membuat apa-apa justifikasi perjawatan atau mungkin TIDAK kerana aku belum cukup ‘memberi’.‘MEMBERI’… mungkin ini adalah takdir untuk aku kerana aku tercipta untuk menjadi ‘PEMBERI’ (ceeeewaaahhh…macam2) dan bukan ‘PENERIMA’. Prinsip si ‘PEMBERI’ ini (aku ler tuh…hehehe) adalah.. ‘Kalau aku dapat berikan dunia ini untuk aku bahagiakan kamu, maka akan aku usahakan…’. Ini janji ker? ’Eeerrkkk…
Ha!Nak komen kot pasal meeting hari nih… Tak paham tol!!! Tau ler ko ‘orang penting’… tapi takder etika langsung…leh lak bcakap dalam meeting sambil tongkat dagu…ish3..entah2 dagu tu patah kot…
Jadual kena panda…tarikh kena synchronize dengan semua pejabat orang besar.
Sowi…yg tadi tu note yang sempat dicatat masa fikiran tak menerawang ke seluruh alam…hehehe… Apa la diorang bcakap nih…kalau tak cakap omputih, cakap Perak’s English (aku quote cakap Cikgu Iwan…jgn marah yer cikgu…).
Tetiba …Alamak!!! Orang kita salah sebut nama orang besar Perak la… Yang gi sebut nama orang besar Selangor tuh apa hal? Ish3…malu….
Tetiba aku terfikir dalam keserabutan ini…naper aku lak yang hadir secara ‘vogue’ nya (perasan jap…) dalam meeting nih… Mana orang korang??? Takper la Marini… be and think positive k… You are the PR… so you are entitled to be here among the prestigious peoples… Semangat sket plz….
Semalam Prof Zin buat jamuan untuk kami iaitu bekas atau Ex... anak2 buah dia... So ni gambar korang yer...
Note : Ofkos ler gambar aku yg first...hehehe
No comments:
Post a Comment