Mencari kata-kata motivasi daripada mereka yang memberi semangat meneruskan perjuangan memang melegakan… Takperlah kalau kelegaan ini sementara, aku cuma mahu focus pada masa dan saat ini. Keje perlu disiapkan… Komitmen telah diberi maka perlukan kesungguhan dalam pelaksanaan.
Terima kasih buat semua yang memberikan semangat…
Dan lagi… hmmm… pasal beberapa orang yang menyusahkan pale otak nak fikir… Perlu ker nak fikir? Kalau ikutkan tak perlu tapi naper la nak fikir gak…
Pertama pasal orang yang berJANJI… Hmmm… serik gak menerima janji orang nih… Coz kebanyakannya tak ditunaikan… Last2 aku gak yang terasa… Tapi yang berjanji tu buat donno jer… Macam takder apa2… Mengos nyer…
Macam ni lah… kepada yang memberi JANJI tu… Tolong lah… Jangan la tabur janji kalau tak mampu nak tunaikan… Dan aku tak marah pon kalau leh explain kenapa terpaksa ingkar janji… Sampai hari ni aku stabil lagi fizikal dan mental… Tak mungkin aku akan makan orang kalau marah sekali pun… Tapi mana tau kalau dia yang pertama aku makan…hahahaha!!!
Okay2… kedua nya plak pasal keje… Memang MATI KERING la pas nih… Patut tak aku laksanakan semua yang aku fikirkan nih… Payahnya membuat keputusan… Ada tak sesaper nak tolong aku? Hmmm… mesti diaorang pon kata, “ aku pon banyak keje… buat ler jadual keje… set ler priority… buat ler seadanya jer… tahan ler telinga bila orang kata…” dan pelbagai lagi kata2 yang kadang2 membakar semangat dan ader yang melunturkan motivasi. Anyway, aku sangat2 menghargainya coz semuanya memberi kata2…
Baru kejap nih Ima bagitau dah dapat dah surat tuh… dah confirm memang ayat pertamanya adalah DUKACITA dimaklumkan… Okay tak? Jap2… nanti aku fikir semula…
buat masa nih... janganlah tengok muka aku yang tengah blur nih...kang sedih jer memanjang... tengok kaki ngan kasut merah leh kot... takpon tengok handbag yer...
No comments:
Post a Comment