07 April 2011

Aku nak ingatkan diri sendiri…

Ni lah yang berlaku… Jangan kerana nak mengejar populariti, maka banyak benda yang tak dibincangkan dulu dengan mereka yang sepatutnya. Aku faham bagaimana rasanya menjadi seekor pipit walaupun punya sayap helang. Tapi jangan cepat nak menyambar mangsa sedangkan mulut tak mampu menelan… Ish…puitis la pulak… Dah sure ramai yang tak paham nih…hehehe… Meh kita mudahkan bahasa ini… Macam ni… peristiwa pagi ini menyebabkan aku hilang rasa hormat pada orang yang aku hormati selama ini. Rupa-rupanya, rasa hormat aku selama ini tidak berharga langsung pada dia… Ego betul dia… Sedar tak, statement dan ayat2 'cinta' yang dia keluarkan tak langsung menggambarkan keintelektualan diri tapi penuh dengan BONAMA… Leh tengok kat gambar di bawah…


Kalau nak tau BONAMA tu aper...google ler...
Mintak maaflah…lepas ni, aku nak ingatkan ko dan konco2 ko mengenai perkara2 WAJIB yang ko dah tinggalkan… Jangan harap lagi aku nak tolong ‘eh… Dah la bodo paih tu sombong plak…

Tadi… dalam menyejukkan hati yang menggelegak… muncul sorang insan yang dah lama ‘hilang’ dari pandangan. Kalau ikutkan dah nak meng’empty’kan recycle bin nih… Tapi perlu tak aku restore balik? Hmmm… lama nak fikir nih… lagi lama lagi banyak folder yang perlu aku buka dan deletekan… Huh…payahnya… Cuma satu, aku dah cakap apa yang sepatutnya aku cakap. Rasa dah release…

Aku nak ingatkan diri sendiri…
Adakala kita terlalu mudah memaafkan tetapi tidak mudah melupakan… Adakalanya juga kita amat mudah melupakan dan tidak mudah meminta maaf … yang paling tragis… Kita amat mudah melupakan dan terlalu mudah meminta maaf…
Okay tak? Okay la tuh…

Semalam ada taklimat KPI… Best!! Ijan sangat suka citer pasal Kakak dalam Orang Ikhlas Tertindas… mungkin dia dah patch dalam Blog dia… Dan aku… pasal ni plak… Aku komen ler sket2 kan… hehehe… ce komen ce komen…

People are often unreasonable, irrational, and self-centered. Forgive them anyway.
(Mampukah aku… kuat ker hati nak maafkan orang? Hmmm… ader kaitan ngan citer aku kat atas tuh…)
If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives. Be kind anyway.
(Insya Allah… yang ni okay kot…)
If you are successful, you will win some unfaithful friends and some genuine enemies. Succeed anyway.
(Doakan yer…)
If you are honest and sincere people may deceive you. Be honest and sincere anyway.
(Aku cuba sehabis baik…)
What you spend years creating, others could destroy overnight. Create anyway.
(Penatnya rasa kan…? Ni sebab orang yang dah rasa pandai walaupun baru se purnama… Biarlah… Aku jalankan tugas jer)
If you find serenity and happiness, some may be jealous. Be happy anyway.
(Memang aku happy, walau hati calar balar…Uish…macam lagu KRU plak…Hehehe)
The good you do today, will often be forgotten. Do good anyway.
(Kebaikan tak pernah ada penghujungnya…kan?)
Give the best you have, and it will never be enough. Give your best anyway.
(Aku cuba sehabis baik hingga ke hujung nyawa…)
In the final analysis, it is between you and God. It was never between you and them anyway.
(Betul dan sangat BETUL dan sampai bila2 pun Betul)

29 March 2011

MERAJUK


Leh ker muka nih merajuk??? Hehehe...

Aku merajuk? Leh ker? Saper nak pujuk? Mengabeskan masa jer kalo merajuk nih… Macam ler dengan merajuk nih boleh kenyang? Takpon leh ker siap keje dengan merajuk? Tapi best jugak kan kalau merajuk pastu ader yang pujuk… Leh buat ngada2 lebih sket… Leh buli orang… Leh tarik muka… Leh buat tu… pastu buat nih… semuanya nak ikut kepala kita jer… Uish… Rimas ler…

Abes tuh apa yang boleh ganti ngan merajuk? Hmmm… kalo aku….hmmm… daripada merajuk baik buat keje laen macam gi jalan2 ker… gi shopping ker (window shopping jer…)… tulis blog ker… kan banyak pekdahnyer tuh… Daripada tarik muka 14, baik senyum sampai leh sangkut kat telinga… Tapi jangan ler sampai orang kata tak tol plak…hehehe… Okay JOMGOSIP, saya tak merajuk….

Sepanjang hari ni meeting manjang… katner nak rehatnyer… Ni pon pale otak dah jam… dari tadi nak buat paper work promosi nih macam sangkut2 jer… Takperlah… Save dalam pendrive, pastu wat kat umah… tu pon kalau idea mari tengah2 malam sat gi… Kalau tak, sambung esok ler… Tapi esok nyer keje dah menanti… caner nih… Mau tak mau, kena siap gak malam nih…

Dari semalam aku fikir pasal sorang nih yang baru pas meeting ngan aku baru2 nih… Daripada cakap2 dia yang macam bergurau tu dia sempat jugak mengatakan yang aku ni takder keje… Hmmm… naper rasa cam tuh… Jangan la rasa diri sendiri yang paling baik, paling sempurna dalam pekerjaan, paling sibuk melaksanakan tanggungjawab, semua yang PALING adalah diri sendiri… Tak baik… Cuba pikir macam nih… Memang kita yang PALING dalam universiti nih, tapi kalau takder orang lain yang membantu… kita takkan jadi yang PALING tu… Terfikir tak kat kepala hotak dia tuh yang dia takkan boleh buat keje sorang-sorang. Mungkin peranan aku tak ‘besar’ macam dia, tapi sekurang-kurangnya aku tak berfikir macam dia… Thank You ALLAH…

Lama nya aku tak jumpa adik2 BRIGED… Maafkan saya kerana terpaksa mengabaikan korang dalam beberapa minggu nih… Sukarnya nak mengatakan bahawa terlalu banyak perubahan yang saya perlu beradaptasi… Doakan saya tabah dan gagah hadapi semua ujian ini… Luv UOLs…

21 March 2011

AIZAT


Sayu terpisah…hikayat indah kini hanya tinggal sejarah…berhembus angin rindu…begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu…hujan lebat mencurah kini…bagaikan tiada henti…kaulah laguku kau irama terindah…tak lagi kudengari…KAU PERGI.. PERGI…sepi tanpa kata…terdiam dan kaku tak daya kau kulupa…apa pun kata mereka…biarkan kenangan berbunga di ranting usia…

Tacing ler lagu nih… Kenapa? Mungkin sebab dia AIZAT… Bukan lagu nih jer, semua lagu dia memang best… mungkin sebab dia AIZAT… born to be a great guy (Aminnnn…)

Okay…habis bab AIZAT…

Tadi ader la sowang manusia nih call… Maklumkan dia x-cident… teruk katanya… Takdan nak bercakap panjang coz Mikhael dah nak tido…

Cuma aku terfikir… Naper lah boleh jadi macam tuh… Rasa2nya siang tadi elok jer masa hantar barang (menurut Ima…). Alih2 masa balik musibah lak melanda… Kesian… Kesian tu memang ler kesian… Tapi… hmmm… biarlah aku simpan kisahnya…

Esok keje… Caner nak keje yer… Kena buat sembahyang hajat… Nak seru balik semangat yang dah hampir pudar nih… Naper la akhir2 nih cam dah takder motivasi yer… Susahnya nak mengikhlaskan diri… Tak baek macam nih… Kita ni cari rezeki nak bagi family makan… So kena la ikhlas… Tuhan… berilah aku kekuatan nak mempositifkan diri…


Hati ini telah terganti, tapi tak ku hindari…Tibalah saat ini ku bertemu dengannya…Jantungku berdegup cepat…Kaki bergetar hebat…Pantaskah aku ulangi merusak harinya…MOHON TUHAN UNTUK KALI INI SAJA…BERI AKU KEKUATAN UNTUK MENATAP MATANYA…Mohon Tuhan untuk kali ini saja…Lancarkanlah hariku…Hariku bersamanya…Kau tahu betapa aku lemah dihadapannya…Kau tahu betapa lama aku mendambakannya…

Lagu Sheila On 7 ni… ada la sket2 pasal apa yg aku rasa skrg… Sket jer, tak banyak…

Dalam pada aku berdiam ini…aku juga memerhati… Nasihat aku… Dah2 la tuh... Lama2 nanti orang akan tau jugak politik yang dimainkan… Anyway, aku ucapkan good luck!! Hehehe… mesti korang nak tau saper kan… PM aku yer…

P/S : Mesti ada yang tanya kenapa tajuk N3 aku AIZAT... Ntah... coz susah nak pilih tajuk kot... Penting ker tajuk N3? Blog orang laen mungkin penting... Tapi blog aku...ader aku kesah...hahaha!!!!