15 April 2011

Alahai...


Banyak sangat ke keje hari ni? Tak kot… Tapi kenapa letih semacam… Hurmmm… demam la… tak syok la macam ni… Alahai…

Pepagi ada meeting… 1 Statement : Marini already married with her job … Fuh!!! Workaholic nyer aku… Panjang aku termenung pas dengar statement yang kuar dari mulut CEO… Hmm… memberi motivasi untuk lebih berusaha… Dalam pada tu, tetiba aku terus teringat kat anak-anak… Kesiannyer anak-anak aku dapat Mummy macam nih… Perlu tak aku reset priority? Alahai…

Tetiba aku teringat kat Kak Limah Yang Balik Rumah… (takyah kenal…tetapi aku tau dia baca blog aku nih)… Kak Limah bagitau aku dia sedih dan happy pada masa yang sama… Kenapa Kak? Hmmm… Kawan dia nak kawen setelah lama jadi single mother… Wahhh… Tahniah kawan Kak Limah!!! Tapi Kak Limah sedih katanya… Naper plak Kak? Tadi happy… Sorang lagi kawan Kak Limah plak bercerai… Kak Limah kata dia tak tau nak rasa caner… Hmmm… Alahai…

So, Kak Limah plak caner? Nantilah Tini… Nanti akak citer… Naper Kak? Akak nak balik rumah katanya…. Hmmmmm…. Alahai....

12 April 2011

Love story...


Alahai… persoalan CINTA ini memang tak abes… Camtu lah hidup orang muda… Tak kata yang muda, orang tua pun tak kurang… Biasa la, semua menda2 yang berlaku nih bersebab… Boleh terima dengan tak nyer aje… Apa la aku membebel nih…

Buat sorang adik yang aku kenal dan mula sayang pada dia… Ha! Jangan salah anggap… Dia seorang wanita tabah dan cantik sangat (Tapi tak pernah sedar dia tu cantik…). Aku harap dia terus tabah menghadapi situasi yang memang kadang-kadang luar jangka… Aku tabik spring bila dia ambil keputusan ini… Keputusan tentang hidup dia… Keputusan tentang CINTA nya… Kamu wanita dewasa, punya hati yang kebal dengan ujian dan dugaan… Walaupun kadang-kadang tewas… Jangan jemu untuk bangkit semula… Akak doakan kebahagiaan awak…

Tak lupa juga buat AA… ingat kot ayat-ayat nih…
CINTA membuat kita tidak menjadi diri sendiri. Kita akan cuba menjaga hati, akan cuba menjadi apa yang ‘dia’ mahu kita jadi. Kita akan cuba berpura-pura senyum walau hati membara, akan cuba ketawa saat derita menyesak dada dan kadang-kala akan cuba bersedih bila lihat dia menangis (walau sebenarnya nak ketawa melihat kebodohan dia…) hehehe..

Tapi perasaan SAYANG akan buat kita jadi diri sendiri. Kita tak perlu jadi sesiapa bila kita SAYANG. Kadang-kadang kita MARAH untuk tunjukkan kita SAYANG. Kadang-kadang kita tunjukkan SAYANG dengan TINGGIKAN SUARA tanda ambil berat. Kadang-kadang TEGURAN juga tanda kita SAYANG. Kadang-kadang sayang itu kita tak perlu tunjuk pun kerana dah ada dalam hati coz sekali SAYANG, 1000 tahun akan kekal SAYANG tu… dapat tak?


Persoalan mana satu yang lebih baik…? Hmmm… jawapannya… I DON’T KNOW… Terpulang pada diri sendiri… Kita jer yang tau diri kita… Takder orang yang tau diri kita… Kalau ader yang ngaku dia tau sangat pasal kita… Banyak mana la sangat… banyak dia tau, banyak lagi dia tak tau… hehehe…

Kema mesti suka ayat-ayat cinta aku nih… mana dia? Bizi nampaknya Cikgu 'eDa AQema Mahadi … Ce komen ce komen… Mana la Kema nih…

07 April 2011

Aku nak ingatkan diri sendiri…

Ni lah yang berlaku… Jangan kerana nak mengejar populariti, maka banyak benda yang tak dibincangkan dulu dengan mereka yang sepatutnya. Aku faham bagaimana rasanya menjadi seekor pipit walaupun punya sayap helang. Tapi jangan cepat nak menyambar mangsa sedangkan mulut tak mampu menelan… Ish…puitis la pulak… Dah sure ramai yang tak paham nih…hehehe… Meh kita mudahkan bahasa ini… Macam ni… peristiwa pagi ini menyebabkan aku hilang rasa hormat pada orang yang aku hormati selama ini. Rupa-rupanya, rasa hormat aku selama ini tidak berharga langsung pada dia… Ego betul dia… Sedar tak, statement dan ayat2 'cinta' yang dia keluarkan tak langsung menggambarkan keintelektualan diri tapi penuh dengan BONAMA… Leh tengok kat gambar di bawah…


Kalau nak tau BONAMA tu aper...google ler...
Mintak maaflah…lepas ni, aku nak ingatkan ko dan konco2 ko mengenai perkara2 WAJIB yang ko dah tinggalkan… Jangan harap lagi aku nak tolong ‘eh… Dah la bodo paih tu sombong plak…

Tadi… dalam menyejukkan hati yang menggelegak… muncul sorang insan yang dah lama ‘hilang’ dari pandangan. Kalau ikutkan dah nak meng’empty’kan recycle bin nih… Tapi perlu tak aku restore balik? Hmmm… lama nak fikir nih… lagi lama lagi banyak folder yang perlu aku buka dan deletekan… Huh…payahnya… Cuma satu, aku dah cakap apa yang sepatutnya aku cakap. Rasa dah release…

Aku nak ingatkan diri sendiri…
Adakala kita terlalu mudah memaafkan tetapi tidak mudah melupakan… Adakalanya juga kita amat mudah melupakan dan tidak mudah meminta maaf … yang paling tragis… Kita amat mudah melupakan dan terlalu mudah meminta maaf…
Okay tak? Okay la tuh…

Semalam ada taklimat KPI… Best!! Ijan sangat suka citer pasal Kakak dalam Orang Ikhlas Tertindas… mungkin dia dah patch dalam Blog dia… Dan aku… pasal ni plak… Aku komen ler sket2 kan… hehehe… ce komen ce komen…

People are often unreasonable, irrational, and self-centered. Forgive them anyway.
(Mampukah aku… kuat ker hati nak maafkan orang? Hmmm… ader kaitan ngan citer aku kat atas tuh…)
If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives. Be kind anyway.
(Insya Allah… yang ni okay kot…)
If you are successful, you will win some unfaithful friends and some genuine enemies. Succeed anyway.
(Doakan yer…)
If you are honest and sincere people may deceive you. Be honest and sincere anyway.
(Aku cuba sehabis baik…)
What you spend years creating, others could destroy overnight. Create anyway.
(Penatnya rasa kan…? Ni sebab orang yang dah rasa pandai walaupun baru se purnama… Biarlah… Aku jalankan tugas jer)
If you find serenity and happiness, some may be jealous. Be happy anyway.
(Memang aku happy, walau hati calar balar…Uish…macam lagu KRU plak…Hehehe)
The good you do today, will often be forgotten. Do good anyway.
(Kebaikan tak pernah ada penghujungnya…kan?)
Give the best you have, and it will never be enough. Give your best anyway.
(Aku cuba sehabis baik hingga ke hujung nyawa…)
In the final analysis, it is between you and God. It was never between you and them anyway.
(Betul dan sangat BETUL dan sampai bila2 pun Betul)