18 November 2014

BERAT NANANG



Niat di hati x mo dah berblogkan blogspot ni… Tapi bila baca balik N3 yang ditulis sebelum ni… Hehehe … The words were mine… I feel like ME… hahaha…Sowilah klu bahasa omputih aku tonggang langgang… Itu lah aku dalam melakarkan kenangan di dinding maya… NO RULES !!!

Setelah  bersawang-sawang blog ni (ayat cliché aku nih)… Akhirnya aku mengambil keputusan ini… Yaaa… menulis semula… menulis apa yang aku rasa…menyatakan ketidak sempurnaan aku … Menilai dari kacamata BONIA ku ini…hehehehe

Sarat sebenarnya minda ni… penat rasanya hati… Apa yang aku fikir tak sama dengan apa yang orang lain fikir rupanya… Bila direnung semula, aku macam dah hilang suara, dah tak punya kata-kata dan dah tak mampu berbicara… Bagaimana mahu mencari titik persamaan andai tak pernah berada dalam satu perkiraan… Macammana mahu dibina perasaan andai madah tak pernah diungkapkan… Haih…

Berat nanang… Hahaha… betul ke tak penggunaannya pun x tau…

Sudah Tini…sudah sudah lah… dah dekat kol 5 stengah ni… pegi balik, masak…
Okeh!!! Nak balik masak ni yer… Tapi… nak masak aper nih…Haih… (termenung semula…)


Biarlah oang nak kata aku obses diri... ader aku kesah !!! Ni pic aku minggu lepas... mak mak sangat...hehehe

04 February 2014

SUKAN



Haish… dah bersawang rupanya blog ku ini… cepatnya waktu meninggalkan kita…. Tak sedar yang masa itu terlaju pantas berlari… Termengah2 nak kejar… Yer lah… bukan muda lagi… hehehe


Tetiba pagi tadi seorang kenalan menyapa di laman siber… Bertanya khabar… bercerita… seronok… Tapi di akhir perbualan dia kata… aku dah tak boleh bayang ko macam mana skang… 

Aku masih macam ni… macam dulu2 jugak… masih senang dengan jenaka… masih suka berbicara… masih boleh berlawan kata!! Hahaha


Tapi kawan... kalau ko jumpa aku sekarang… mungkin akan mengucap panjang… Kenapa? Sebab ko akan gelakkan aku yang dah tembam… ko akan gelengkan kepala dan kata, kenapa tak jaga badan… 


Hmmm… jangan risau… In shaa Allah… kalau fizikal aku yang kau risaukan, aku boleh betulkan… Cuma perlu masa dan kesenggangan… 


Oleh itu… MARI BERSUKAN!!!!


Hahahaha… mood sukan sudah mariiiiiiii


13 September 2013

KONVOKESYEN DATANG LAGI...

‘CORAT CORET KONVOKESYEN KE 15 UPSI’… kononnya nak jadi tajuk N3 kali ni… Tapi tak jadi kot… Ubah tajuk ‘SUKA DUKA KONVO’ boleh tak? Ker jadi ‘PAHIT MANIS’? Hahaha… semua pon cam sama jer…

Tahun ni dah department lain… Galas tanggungjawab lain… Pernah jadi Emcee untuk 8 tahun nyer konvo, Penyambut Tetamu, Pegawai Pengiring, Penyusun Graduan, Protokol… lagi…dah la kot… banyak dah tu… Tahun ni jadi sayap kanan kepada Encik Pengurus Lantai…

Tahun ni juga adik2 BRIGED BHKA ramai yg grad… satu demi satu wajah tersengeh2 di layar… Walaupun saya bukan mak abah korang, tapi saya juga turut bangga… Ada yang sempat bergambar… Ada yang tak sempat… Sowi… Ada gak yang tak dapat datang… Sedih…


The best photo yang saya ada ini mengingatkan saya tentang awak berdua. Jangan salah sangka yer… mereka ni dah macam adik beradik dalam BRIGED…  Yang kiri adalah Siti Masitah atau nama manjanya saya panggil CTMas dan the skinny boy tu Mohd. Zaini atau nama ‘manja la sangat’ dia adalah KUNTUM… tak tau naper KUNTUM kan… Sorang grad hari pertama dan sorang lagi hari last… KUNTUM grad hari pertama… Dah hensem dah skang… 600 kali ganda daripada gambar tu… Hahahaha… Yang sedihnya CTMas tak dapat hadir bersama di hari terakhir coz berada jauh nun di Negeri Di Bawah Bayu… Walaupun takder figura berjubah biru tersenyum lebar di layar, saya gembira untuk CTMas coz dah grad!


Khalil dan Samantha… Semoga ada jodoh hendaknya… Khalil dah grad tahun lepas… Best Student Diploma!!! Berbunga-bunga hati saya… Tahun ni giliran Sam pulak grad… She was sooooo GORGEOUS!!! Tak sempat snap gambar… Dengarnya Khalil datang tengok buah hatinya konvo… Tapi tak jumpa saya yer… Hurmmm… siap ko!!! Hahahaha

My dear Morris and Dancy… dua2 pun bukan orang semenanjung… Lama saya tak jumpa Morris… Masa konvo baru nampak… And my cute girl Dancy… Rindunya dengan kamu… Bila lagi nak pegi jalan2 sama… Lepas ni Dancy balik Sarawak… Entah bila kan ketemu… 

Bawah ni gambar dengan Dancy masa dia turun pentas... Such a nice moment!



Dan airmata tumpah lagi bila nak berpisah dengan adik ini… Bila kenal ibunya, saya tahu kenapa dia anak yang hebat… Bila dia menjadi protege kepada Adnan Zaroei, saya tahu dia akan jadi yang terbaik… Kenali dia daripada dia di semester 2 lagi… sekarang dah nak melangkah ke alam luar sana… Semoga kamu menjadi pendidik yang hebat adikku AMIRUL RIDZUAN BIN ABDUL RAHMAN


 
 



Tetiba masa tengah belek2 gambar adik2 tadi terjumpa pulak gambar love birds ni... hehehe
OTAI BRIGED ni adalah AZRUL FAIZ SYAIRUDIN dan yang dah jadi tunangnya ni adalah my dear NUR ATIKAH ABDULLAH ZAWAWI

All the BRIGEDs... Jom serbu majlis diorang nanti yer!!!