22 February 2011

Bad boy!!!


Inspirasi datang lagi… betollah tu…Yang patah kan tumbuh…Yang hilang kan berganti… (Aper la yang aku merepek sampai tak paham nih…)

Anyway… idea untuk menulis datang lagi… berkobar-kobar rasanya… Hmmm…topic kali nih adalah…. Ha! Tadi ada orang cakap kat aku yang dia nih JAHAT. Ish3…jahat yer…caner nyer jahat tuh… Ader bunuh orang ker??? Takkan kot…. JAHAT tara mana nih…

Nak jugak tanya lebih lanjut tapi takut terbongkar lak rahsia dia… Dah nama pon rahsia…biarlah menjadi rahsia dia sehinggalah dia sendiri rela nak ceritakan… I’m here for you beb…

Berbalik kepada kisah JAHAT tadi… Kalaupun you JAHAT…, takkan nak jadi JAHAT selamanya kan… Mesti terdetik gak kat sudut mana2 dalam hati you tuh you nak jadi baik kan… Takkan tak fikir masa depan… You taknak ader masa depan ker?

Hmmm…. Jauh you termenung tadi bila I ceramah pasal masa depan kat you… Bukan aper… lets bygone be bygone… Yang hitam dalam diri biarlah Tuhan yang tentukan… jadikan ianya satu titik sahaja dalam kehidupan… (kata-kata ini aku petik dari my dear Dieny Noh)… Dari jauh orang takkan nampak titik hitam ini kecuali orang itu mahu betul2 mengenali you… Yang mahu itu mestilah orang yang boleh menerima you seadanya… coz sebagai manusia kita nih tak perfect…

You ingat tak pasal I cakap tentang BLENDER tadi… BLENDER yang berputar tak kira apa sahaja dia akan kisar… You dah nampak tajamnyer matapisau BLENDER tuh… kenapa nak sua jugak tangan you dalam tuh… Dah tau kan…macam2 mana pon BLENDER tuh tak kira coz dia akan kisar sekali tangan you walaupun tu BLENDER yang you paling sayang… You rasa you kenal dia, tapi dia sampai bila2 takkan kenal you…

Cuba you buka mata dan lihat dunia yang luas ini… jauh lagi you nak lihat penghujungnya… buat apa berhenti? Berjalanlah…

19 February 2011

FB vs...


Hujan pagi nih…hurmmm…berblog juga bagus kan… Tapi bila nak post? Tunggu lah bila2 senang sket…

Don’t be perfect but be realistic. Yang ni perlu kita implement dalam hidup. Perfect cuma wujud dalam angan2, khayalan dan mitos jer… Hakikat nya…huh…

Dalam keje misalnya, apa yang perfect kita nampak adalah keje jalan dengan staf yang duduk kat meja…taip tu…taip nih… jawab tepon… Bila boss masuk, semua pun bangun, bagi salam (ish3…cam dalam drama lak). Boss lak, duduk kat meje, belek tu, belek nih, sain tu, sain nih… jap agi secretary masuk tegedek2 depan boss… pastu boss gi meeting, semua dalam meeting focus… ish3 a perfect office…

Tapi hakikatnya… bukan semua macam tuh… ada yang bila boss masuk office buat donno jer (bukan ofis aku ni yer…).Dalam hati kata, bukan ko pun yang bayar gaji aku. Pastu boss lak masuk bilik, takdan sat kena g meeting, kena baham lak tu kat meeting…

Pas masuk bab keje, masuk lak bab balik dari keje… apa yang aku dengar…rata2 husband skrg merungut2 kata wife asyik ngan facebook… Betapa tak perfectnye wife korang tu yer… sepatutnya balik jer korang dari keje, wife kena uruskan tugas kat umah. Masak, kemas rumah, tengok anak2….pastu siapkan meja untuk dinner… Ha! Tu la working wife yang PERFECT! Yang idealnya…hubby pastu layan bola… bagusnyaaaa la kan…Merungut rangat pasal wife dan FB mereka tapi bersorak sakan bila tengok bola jam3 pagi…Ish3…

Hari ni sorang lagi dalam friend list FB aku “hilang”… Mungkinkah dia block aku macam si dot dot buat tuh (dan akhirnya aku tau sebenarnya dot dot block coz nak ngumpat aku dalam tuh... suka hati ko lah dot dot...ada aku kesah...). Tapi aku yakin coz my friend nih dah fed up ngan FB… Entahlah…hanya dia je yang tahu… Walau apa pun yang berlaku kepada dia, aku tetap mendoakan yang terbaik untuknya coz aku dah tak tau lagi apa yang berlaku pada dia setiap hari, waktu dan ketika…Ish…tetiba lak dalam hati ada taman (tersebak nih…) hehehe…babai…

17 February 2011

‘Errrkkk…. Aku ker nih…


Perut yang sakit dah mula pulih… Tak lagi meronta2…Mungkin ubat gastik tadi dah memberi kesan… Walau macammanapun semuanya kuasa Allah…

Tergolek kat atas katil ditemani laptop dan streamix ni membuatkan aku tidaklah bosan… Melayari blog2 dan wall2 FB ramai pihak menjelang Pilihanraya Kampus ni memang mengujakan. Boleh tengok pelbagai ragam manusia yang nak jadi pemimpin… Macam2 perangai… Masya Allah… Tak cukup dengan menyerang peribadi calon, ada yang tulis dalam blog, buat kenyatan rasmi lagi… Ish3… nak gelak pun ada… biarlah… lihatlah dunia, drama2 yang dilakonkan di atas pentas kehidupan ini…

Nak tegur ker? Mungkin aku patut diam dulu… Maklumlah… “Anak Muda” dengan darah yang mendidih2… telinga akan cepat panas, bila jadi macam tu, lidah turut berapi, otak pun cair, iman pun lebur… so apa yang tinggal? Jadi kalau ditegur pun, takkan jadi apa2… Kerana bukan didalangi aqal yang waras lagi dah…

Seterusnya aku berfikir…wajarkah aku bersuara? Atas jawatan yang disandang… Tidak mungkin… Tapi atas dasar “Orang Tua”… mungkin boleh… Kalau macam tu…

Adik2 mahasiswa yang dikasihi…
Semangat adik2 amat saya kagumi…
Jiwa sekarang sangat berapi2…
Tahniah kerana berjaya membawa diri…
Beginilah pemimpin yang dicari…
Janganlah berhenti di sini…
Teruskan selagi nafas belum berhenti…

Tapi perlu saya ingatkan…
Kita menumpang di bumi Tuhan…
Suatu hari nanti akan kita tinggalkan…
Jadi dalam menentukan masa depan…
Jangan kawan dijadikan lawan…
Jangan nafsu merajai badan…
Berfikirlah melampaui sempadan…
Bertindaklah dalam kawalan…

Kalaupun hari ini kita sedih…
Kerana fitnah tidak memilih…
Tak mengapalah kerana Tuhan tetap kasih…

Masih ada hari untuk adik2 teruskan…
masih ada tugas yang pelu penyelesaian…
masih ada kewajipan yang harus dilaksanakan…
kerana adik2 bakal graduan…
pencetus era kepimpinan masa hadapan…

Okay tak pesanan saya ini… Semoga berjaya dalam PRK ini…

‘Errrkkk…. Aku ker nih…