Waaaa.... ader lagi blog ni yer... mak aiii dh bersawang2 dah... hahahaha
Tak tau ada tak lagi pembaca setia blog ni... dulu2 ada... silent reader katanya... sekarang ni memang 'silent' betul...krik krik...
Hmm... ingat nak tulis lagi N3... takper takder orang baca pun... nak tulis aper yer ????
Owh... nak tulis pasal sekarang ni... kat tempat baru ni... baru ker? Baru laaa... baru 4 bulan lebih... tempat ke doblas dalam sejarah perpindahan di sini.... hahahaha... 12 tempat tuuuuu... takper laaa... pindah pun pindah laaa... tukar pun tukar laaa... kat mana2 pun sama jer...
Cuma nyer... payahnya lahhhaaiiiii... payah betullllllaaaahhhhh.... payahnya nak jalankan tugas... payahnya nak berdiplomasi bila bercakap... payah betul bila asyik nak menang jer... Allah... nak menang sangat ambik laaaa saya takmo pun... nak kuasa pun ambik laaa saya takmo pun... Cuma laksanakanlah tanggungjawab yang diberikan ini dengan penuh amanah dan integriti... jangan la main bedal jer... Ingat... kat sana nanti kita kena jawab atas segala tanggungjawab kita...
Allahhhhh... sabarkan aku ini....
09 May 2017
17 December 2014
Pasal kerja rupanya....
Kadang-kadang kita rasa kerja kita susah… kerja orang lain
senang… kerja kita banyak…kerja orang lain sikit… Sampai satu tahap, kita rasa
macam kita boleh buat kerja orang lain tapi takder orang boleh buat kerja kita…
riaknya kita…
Tapi ada orang padang mudah pada kerja yang susah… ada yang
pandang payah pada sesuatu yang mudah… ada yang pandang ringan pada kerja yang
berat dan pandang berat pada sesuatu yang ringan…
Mungkin ada antara kita ini hanya pandai bercakap tapi tak
pandai kerja… pandai kerja tapi tak pandai bercakap… ada yang pandai kerja dan
pandai bercakap…yang lebih malang adalah yang tak pandai kerja dan tak pandai
cakap…
Eh…isu hari ni pasal kerja rupanya… Sebab ada yang tanya saya…
apa kerja yang awak buat? Apa saya nak jawab???
Kalau saya kata hari ni saya BANYAKKK kerja… macam saya nak
bagitau satu dunia yang orang lain takder keje… ish… riaknya…
Kalau saya kata hari ni saya TAKDER kerja… macam saya nak
bagitau kat semua orang yang saya makan gaji buta… eh…saya tak makan gaji buta
tau!!
Kalau saya kata hari ni saya kerja MAKAN dan TIDUR… macam
saya main-mainkan kerja saya… maaf yer… saya tak pernah main-main dalam
laksanakan kerja saya…
Kalau saya kata hari ni saya BUAT KERJA MACAM BIASA… ni
macam nak cover jer…
Abes apa saya nak jawab???
18 November 2014
BERAT NANANG
Niat
di hati x mo dah berblogkan blogspot ni… Tapi bila baca balik N3 yang ditulis
sebelum ni… Hehehe … The words were mine… I feel like ME… hahaha…Sowilah klu
bahasa omputih aku tonggang langgang… Itu lah aku dalam melakarkan kenangan di
dinding maya… NO RULES !!!
Setelah bersawang-sawang blog ni (ayat cliché aku
nih)… Akhirnya aku mengambil keputusan ini… Yaaa… menulis semula… menulis apa
yang aku rasa…menyatakan ketidak sempurnaan aku … Menilai dari kacamata BONIA
ku ini…hehehehe
Sarat
sebenarnya minda ni… penat rasanya hati… Apa yang aku fikir tak sama dengan apa
yang orang lain fikir rupanya… Bila direnung semula, aku macam dah hilang
suara, dah tak punya kata-kata dan dah tak mampu berbicara… Bagaimana mahu
mencari titik persamaan andai tak pernah berada dalam satu perkiraan… Macammana
mahu dibina perasaan andai madah tak pernah diungkapkan… Haih…
Berat
nanang… Hahaha… betul ke tak penggunaannya pun x tau…
Sudah
Tini…sudah sudah lah… dah dekat kol 5 stengah ni… pegi balik, masak…
Okeh!!!
Nak balik masak ni yer… Tapi… nak masak aper nih…Haih… (termenung semula…)
Biarlah oang nak kata aku obses diri... ader aku kesah !!! Ni pic aku minggu lepas... mak mak sangat...hehehe
04 February 2014
SUKAN
Haish… dah bersawang rupanya blog ku ini… cepatnya waktu
meninggalkan kita…. Tak sedar yang masa itu terlaju pantas berlari… Termengah2
nak kejar… Yer lah… bukan muda lagi… hehehe
Tetiba pagi tadi seorang kenalan menyapa di laman siber…
Bertanya khabar… bercerita… seronok… Tapi di akhir perbualan dia kata… aku dah
tak boleh bayang ko macam mana skang…
Aku masih macam ni… macam dulu2 jugak… masih
senang dengan jenaka… masih suka berbicara… masih boleh berlawan kata!! Hahaha
Tapi kawan... kalau ko jumpa aku sekarang… mungkin akan mengucap
panjang… Kenapa? Sebab ko akan gelakkan aku yang dah tembam… ko akan gelengkan
kepala dan kata, kenapa tak jaga badan…
Hmmm… jangan risau… In shaa Allah… kalau fizikal aku yang
kau risaukan, aku boleh betulkan… Cuma perlu masa dan kesenggangan…
Oleh itu… MARI BERSUKAN!!!!
Hahahaha… mood sukan sudah mariiiiiiii
13 September 2013
KONVOKESYEN DATANG LAGI...
‘CORAT CORET KONVOKESYEN KE 15 UPSI’… kononnya nak jadi
tajuk N3 kali ni… Tapi tak jadi kot… Ubah tajuk ‘SUKA DUKA KONVO’ boleh tak?
Ker jadi ‘PAHIT MANIS’? Hahaha… semua pon cam sama jer…
Tahun ni dah department lain… Galas tanggungjawab lain…
Pernah jadi Emcee untuk 8 tahun nyer konvo, Penyambut Tetamu, Pegawai Pengiring,
Penyusun Graduan, Protokol… lagi…dah la kot… banyak dah tu… Tahun ni jadi sayap
kanan kepada Encik Pengurus Lantai…
Tahun ni juga adik2 BRIGED BHKA ramai yg grad… satu demi
satu wajah tersengeh2 di layar… Walaupun saya bukan mak abah korang, tapi saya
juga turut bangga… Ada yang sempat bergambar… Ada yang tak sempat… Sowi… Ada
gak yang tak dapat datang… Sedih…
The best photo yang saya ada ini mengingatkan saya tentang
awak berdua. Jangan salah sangka yer… mereka ni dah macam adik beradik dalam
BRIGED… Yang kiri adalah Siti Masitah
atau nama manjanya saya panggil CTMas dan the skinny boy tu Mohd. Zaini atau
nama ‘manja la sangat’ dia adalah KUNTUM… tak tau naper KUNTUM kan… Sorang grad
hari pertama dan sorang lagi hari last… KUNTUM grad hari pertama… Dah hensem
dah skang… 600 kali ganda daripada gambar tu… Hahahaha… Yang sedihnya CTMas tak
dapat hadir bersama di hari terakhir coz berada jauh nun di Negeri Di Bawah
Bayu… Walaupun takder figura berjubah biru tersenyum lebar di layar, saya
gembira untuk CTMas coz dah grad!
Khalil dan Samantha… Semoga ada jodoh hendaknya… Khalil dah
grad tahun lepas… Best Student Diploma!!! Berbunga-bunga hati saya… Tahun ni
giliran Sam pulak grad… She was sooooo GORGEOUS!!! Tak sempat snap gambar…
Dengarnya Khalil datang tengok buah hatinya konvo… Tapi tak jumpa saya yer…
Hurmmm… siap ko!!! Hahahaha
My dear Morris and Dancy… dua2 pun bukan orang semenanjung… Lama
saya tak jumpa Morris… Masa konvo baru nampak… And my cute girl Dancy… Rindunya
dengan kamu… Bila lagi nak pegi jalan2 sama… Lepas ni Dancy balik Sarawak…
Entah bila kan ketemu…
Bawah ni gambar dengan Dancy masa dia turun pentas... Such a nice moment!
Dan airmata tumpah lagi bila nak berpisah dengan adik ini…
Bila kenal ibunya, saya tahu kenapa dia anak yang hebat… Bila dia menjadi protege
kepada Adnan Zaroei, saya tahu dia akan jadi yang terbaik… Kenali dia daripada dia di semester 2 lagi…
sekarang dah nak melangkah ke alam luar sana… Semoga kamu menjadi pendidik yang
hebat adikku AMIRUL RIDZUAN BIN ABDUL RAHMAN
Tetiba masa tengah belek2 gambar adik2 tadi terjumpa pulak gambar love birds ni... hehehe
OTAI BRIGED ni adalah AZRUL FAIZ SYAIRUDIN dan yang dah jadi tunangnya ni adalah my dear NUR ATIKAH ABDULLAH ZAWAWI
All the BRIGEDs... Jom serbu majlis diorang nanti yer!!!
02 August 2013
Mengomel sebelum raya
Astaghfirullah… Ya Ampun! Tak paham tol dengan mereka ini.
Nak gelak pon ader… Dalam sedar atau tidak, kita adalah apa yang kita tulis dan
kita adalah apa yang yang kita cakap… Jadi, saya mohon untuk mereka ‘terasa’
lah… Mohon sangat2 ni… Ish3… yang kelakar tu mereka tak sedar ker bahawa
merekalah objek dan subjeknya… Hehehe… ader jugak la orang macam ni…
Kemudian apa yang mereka buat? Mereka nak kongsi kebaikan…
Alhamdulillah… Tapi nampak macam bukan kongsi kerana kalau kongsi maksudnya
bersama-sama, kerja sama-sama, jalan sama-sama, buat sama-sama… Yang peliknya
semua tu tak berlaku… Apa yang jelas, kebaikan yang diminta kongsi itu hanya simbol
yang mereka itu lebih darjatnya dari kita…
Kawan-kawan, sebelum kita menilai sesuatu atau seseorang itu
baik atau buruk, sempurna atau tidak,bayangkan diri kita berada ditempat dia,
adakah kita akan ambil jalan yang serupa? Atau kita boleh menjadi yang lebih
baik? … But then I realize
Takper lah… macam ni lah… saya maafkan awak...
Cuma pesanan saya…
Hmm... dah abes dah bab nak mengomel... Lagi? Hah! Satu lagi ni... saya seperti gambar di bawah ni, menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas kekhilafan saya selama ini... Maafkan saya yer...
Lagu ni saya suka sangat ... so untuk korang semua yer...
Subscribe to:
Posts (Atom)








