24 November 2010

Kalau hati dah suka...

Seminggu kot aku tak berblog buat pale otak aku celaru! Banyak yang nak aku katakan… Tapi tak jumpa channel… Pada aku blog adalah cara terbaik untuk aku leraikan apa yang bersimpul di otak dan kusut di hati… Sampai ada lak yang sindir aku kononnya kalau bukak computer jer apa lagi kalau tak tulis blog… Ish3… Aku ader…Aku tulis ler? Aku suka berblog… Itulah… Kalau hati dah suka…

Sekarang kol 5 stengah pagi… waktu luar dari kelaziman aku tulis blog… tapi takleh tido…bukan kat umah nih…tapi kat Legend Hotel, KL. Dari minggu lepas lagi aku terfikir apa yang patut aku tulis??? Aper yer…banyak sangat…

Aku nak tulis pasal ‘citarasa’ ker? Wording yang aku kutip semasa berbual kosong dengan seorang rakan di Ipoh. Aku citer kat dia yang dulu masa aku sekolah kat Ipoh, aku selalu lalu kawasan nih ngan kawan2 bila nak balik kampong… Dan mesti kena ngorat nyer ngan mamat2 yang keje kat situ… Bila fikir2 balik apa la yang mamat2 ni dapat ngorat bebudak sekolah cam kami nih… Pastu dia kata citarasa manusia lelaki ni macam2… Ada yang suka kat budak sekolah, ada yang suka rakan sebaya dan ader yang suka kat bini orang… Kat bini orang???... Mula2 rasa tak lojik tapi bila tengok sekeliling…hmmm…reality rupanya… Ko plak caner tanya aku pada dia… Sambil sengih dia jawab… saya suka sumer… lagi tamak nih…

Aku pon rasa cam nak tulis pasal ‘Kalau hati dah suka’… Luas nyer tajuk… suka apa?? Yer tak yer… suka apa?

Hmm…cam aku…aku suka blogging… rasa cam tak lengkap hidup tanpa meluahkan apa yang bersarang di minda… Cuba bayangkan…dalam pale otak aku skang macam pinggan kotor yang penuh kat singki tunggu di cuci…Jap lagi semua pinggan2 akan clear dan kembali disusun kemas kat rak pinggan…Tu kalau aku…


Aku tengok macam2 manusia akan buat kalau hati dah suka… Ada yang suka bercakap…macam2 yang dia cakap… Start dari bangun tido, gi keje, balik keje, nak tido dan kadang2 dalam tido…. cakap3… Tak penat ker? Dah sure ler tak coz dia memang suka bercakap…


Ader plak yang suka makan…makan3… yang pelik tuh…banyak makan tapi badan menten jer… sebenarnya apa yang dia makan? Aku tengok, makan macam aku gak malah dia lebih lagi tapi kenapa lak aku yang macam kena pam tapi dia… Jelez la plak…


Bab yang paling susah nak hurai adalah kalau hati dah suka kat orang… subjektif tol… Kita tengok kengkadang kapel nih memang tak padan langsung… sowang cam muffin – melimpah ruah, kapel lak cam model nyer lawa... hubby pendiam cam bisu, wife plak macam murai tcabut ekor (ni bukan ker biasa…)… laki nyer la muda, tengok kat bini nampak cam mak dia...

Padan atau tak itu penilaian orang… Lantak ler… Hanya kita jer yang tau citarasa kita coz kalau hati dah suka…saper dapat halang…

2 comments: