13 February 2012

JAHAT


Kisah orang yang dilabel  “JAHAT” dan mereka-mereka yang nampak “BAIK”… Inilah senario politik tempat keje…  Yang pasti menjadi mangsa adalah mereka yang IKHLAS nak keje… Alah senang cakap, orang yang BETOL BETOL buat keje ni selalunya mangsa sahaja… Hmmm… macam biasa la… ‘hukuman’ kepada mereka yang buat keje adalah ‘kena jadi orang JAHAT… Orang baik adalah mereka yang sebaliknya… So, pilihan ditangan kita kan?

Saya hairan dengan keadaan ini… Suka untuk saya ceritakan mengenai kaki saya yang terkehel minggu lepas… Saya tidak menjangkakannya… Mungkin kerana saya yang selalu berjalan laju maka dalam satu keadaan jalan yang tidak rata maka kaki menjadi mangsa… Aduuuhhh sakit giler!!!!! Tapi bila ini menjadi alasan, saya dituduh masuk keje lewat (sedangkan saya dah sampai di ofis awal), dikatakan mencari alasan kenapa tidak rawat kaki saya pada masa cuti sebelum itu (sedangkan saya tercedera pagi berkenaan, patut ker saya pergi ubati dulu kaki sebelum ianya tercedera? Pelikkan dengan manusia ini?) Hmmm… sebenarnya saya dah dilabel sebagai ORANG JAHAT oleh manusia ini sebelum ini lagi… Oleh yang demikian, saya tetap salah atas apa yang saya lakukan… Kenapa yer saya yang dipilih mewarnai karekter ini? Apa kesalahan saya pada dia? Apa yang dah saya buat pada dia?

Tapi pada kiraan saya, bukan ini sahaja keadaanya yang saya terpaksa menjadi ORANG JAHAT… Ada beberapa lagi situasi di mana saya terpaksa melakonkan karekter ini untuk memberi impak baik kepada orang lain… Pada mulanya saya menganggap ianya bantuan ikhlas kepada orang yang memerlukan… Tapi apabila watak antagonis ini telah berjaya saya bawakan… maka ianya dianggap penyesaian kepada semua karekter JAHAT yang perlu diwujudkan… Wow!! Salute pada manusia yang seorang ini… dan TERIMA KASIH atas ‘kurniaan’ ini…

Saya sangat percaya kepada Hari Pembalasan… Mungkin di sini saya tak berdaya, saya tak punya kuasa… Tapi bila di ‘sana’ nanti… Saya sangat percaya kepada janji NYA

2 comments:

  1. Puan marini... Kalo konvo kan kita nak sewa booth cemana yer? Blehhh x kalo kita nak dapat apa2 info utk sewa booth?

    ReplyDelete
  2. adikku kema...tak tau ler plak dah coz dah tak duduk lagi kat kerusi hot tu... mungkin kema leh tanya HEPA kot...

    ReplyDelete